Tuesday, October 22, 2013

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA - BAB 4

BAB 4

"ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM." Terduduk Datin Farizah di atas sofa apabila mendengar apa yang terjadi daripada mulut Farish. Terkedu dia di sofa itu lama sebelummenggelengkan kepala. Seakan-akan tidak percaya dengan apa yang baru diceritakan oleh Farish kepadanya sebentar tadi.
                "Ma, Rish kecewa sangat." Luah Farish perlahan sambil meraup mukanya. Dia melabuhkan punggung di sebelah mamanya itu. Bahu Datin Farizah dipeluk erat. Sungguh, hampir gugur jantungnya tadi melihat apa yang berlaku. Terasa sesak mencengkam dada!
                "Firash mana? Mama nak cakap dengann dia," Datin Farizah sedikit mengeluh. Dia perasan wajah kusut Farish yang mula-mula sampai ke rumah tadi. Anak sulungnya itu seperti tidak berdaya untuk melangkah.
                "Entah, ma. Rish tak tahu," balas Farish lemah dan menyandarkan tubuh ke sofa. Dia mengeluh seketika dan memejamkan mata. Cuba untuk melenyapkan segala yang terpapar di ruang matanya sebentar tadi.
                "Mama nak cakap dengan Syaf," pinta Datin Farizah kepada Farish.
                Mendengar sebaris nama itu, hati Farish dipaut sayu. Walaupun dia sudah memutuskan hubungannya bersama Syaf tadi, namun bukan senang untuk melupakan cinta yang sudah terpupuk hampir tiga tahun lamanya itu. Baru sahaja minggu lepas mereka berbincang tentang hal pertunangan mereka. Dan minggu ini tidak disangka-sangka hal ini berlaku.
                "Ma call-lah dia. Rish dah tak nak masuk campur," balas Farish lalu bingkas berdiri. Dia perlu menenangkan diri untuk seketika. Dia bimbang yang dia tidak dapat mengawal dirinya jika ternampak Firash ataupun Syaf ketika ini.
                "Farish, jangan macam tu. Hal ni boleh diselesaikan," pujuk Datin Farizah lembut. Dia amat bersimpati dengan nasib yang menimpa anak sulungnya itu. Namun dia perlu bercakap dengan Syaf dan Firash untuk mengetahui akan hal yang sebenar. Mendengar daripada satu pihak sahaja tidak menyelesaikan masalah. Mungkin Firash dan Syaf ada alasan sendiri kenapa mereka berdua boleh terjebak dalam perkara begitu.
                "Ma, Rish dah tak nak cakap pasal ni. Terpulanglah pada mama nak selesaikan macam mana," putus Farish lalu menapak ke tangga. Dia perasan wajah mamanya itu sedikit sedih namun kesedihan itu tidak sama dengan kesedihan yang menimpa dirinya ketika ini. Otaknya benar-benar serabut. Dia kusut!
                "Farish! panggil Datin Farizah namun Farish langsung tidak menyahut . Menonong sahaja langkahnya naik ke tingkat atas.


"APA yang dah berlaku ni, Firash?" soal Datin Farizah apabila melihat kelibat Firash yang baru sahaja tiba di rumah. Firash yang sedang melangkah itu terhenti. Dia memandang ke arah Datin Farizah yang menunggunya di ruang tamu.
                "Firash, beritahu mama apa yang dah berlaku? Kenapa jadi macam ni?" bertalu-talu soalan dilemparkan Datin Farizah kepadanya. Firash terdiam seketika. Tidak tahu untuk menjawab yang mana satu dahulu.
                "Firash, cakaplah. Jangan diam macam ni saja," Datin Farizah menyentuh lengan anak bongsunya  itu. Firash mengeluh dan menekur lantai.
                "Firash tak tahu,ma. Sedar-sedar saja tadi Firash dengan Syaf dah ada kat satu bilik," Luah Firash lemah. Datin Farizah menggelengkan kepalanya. Airmatanya mula mengalir di pipinya apabila mendengar cerita daripada Firash.
                "Tapi Firash betul ada buat apa-apa kat Syaf ke?" soal Datin Farizah lagi, cuba memastikan apa yang berlaku.
                Firash mengerut dahi, cuba untuk mengingati sesuatu namun segalanya samar-samar. Dia sudah lupa dengan kejadian yang berlaku. Langsung satu pun tidak melekat di ruang ingatannya. Perkara terakhir yang dia ingat ialah ketika Raina menghulurkan segelas minuman kepadanya. Minuman? Firash mula terfikir sesuatu. Adakah minuman yang diberi oleh Raina tadi menyebabkan dia bertindak di luar kawalan?
                "Syaf mana? Mama nak cakap dengan dia. Tentu dia sedih sekarang," Datin Farizah bertanya lagi. Tadi  dia ada cuba menelefon Syaf namun gadis itu tidak menjawab. Dia bimbang jika gadis itu melakukan perkara yang tidak masuk akal. Sudahlah gadis itu tiada tempat hendak mengadu.
                "Firash nak keluar kejap," tutur Firash lalu bergegas keluar tanpa menjawab soalan daripada Datin Farizah. Dia perlu bertanya kepada Raina akan perkara tadi. Sudahlah tadi dia tidak berjumpa dengan Raina selepas peristiwa hitam itu. Terus sahaja dia pulang ke rumah semasa parti itu masih lagi berlangsung.
                "Nak ke mana pulak tu? Mama tak habis cakap lagi ni!" Sedikit terjerit suara Datin Farizah memanggil Firash namun hanya sia-sia sahaja kerana susuk tubuh Firash sudah hilang di dalam perut kereta. Datin Farizah mengeluh lemah. Telefon bimbit di atas meja diambil untukmenghubungi Syaf. Mesti gadis itu sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ini.


FIRASH memberhentikan kereta betul-betul di hadapan banglo tiga tingkat kepunyaan Raina. Kereta-kereta mewah yang bersusun tadi sudah tiada lagi di situ. Dia mengerling ke arah jam di dashboard kereta. Sudah pukul satu pagi pun. Ah, lantaklah! Janji aku kena buat perhitungan dengan Raina!
                Dia keluar dari keretanya dan terus sahaja menghalakan langkahnya ke pintu pagar yang bertutup. Jika tadi pintu pagar itu terbuka luas semasa parti itu sedang berlangsung. Dia menoleh ke tiang tepi pagar. Terdapat satu loceng di situ. Punat loceng itu ditekan tanpa menoleh ke arah sekeliling. Baru dua kali ditekan, derap langkah seseorang menghentikan perlakuannya.
                "Cari siapa ni?" tanya seorang pengawal yang berbaju biru gelap.
                Firash mengerutkan dahi. Rasanya masa datang tadi pengawal lain. Apa di sini dia orang ada syif malam dan siang jugakah?
                "Erm, Raina ada?" soal Firash.
                Pengawal itu memandang Firash lama sebelum menjawab.
                "Adik ni siapa? Kawan Cik Raina ke?" soal pengawal itu lagi.
                "Ye, saya kawan dia. Dia ada tak?"
                "Maaf, Cik Raina tak ada. Dia dengan Encik Raimy baru saja keluar tadi," jawab pengawal itu seperti ayat itu sudah dihafalnya. Firash mengeluh lemah. Ke mana pulak perginya budak Raina tu? Sudahlah aku ada hal penting nak jumpa dengan dia ni!
                "Hmmm, tak apalah. Terima kasih," Firash berlalu pergi. Sudahnya dia tersandar lemah di keretanya. Macammana nak settle hal ni kalau Raina tak ada? Pintu kereta ditolak lemah. Dia memboloskan tubuhnya di situ. Seketika dia cuba memejamkan mata. Seolah-olah cuba untuk melupakan hal yang berlaku tadi.

                "WAALAIKUMUSSALAM." Syaf menjawab salam itu lemah. Panggilan telefon kali keempat itu akhirnya diangkat juga setelah melihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon.
                "Syaf ada kat mana ni?" Datin Farizah bertanya lembut. Amat maklum yang gadis itu sedang di dalam kesedihan sekarang.
                "Erm, ada kat rumah, ma," balas Syaf dengan suara sedikit serak. Sejak balik dari rumah Raimy, dia tidak henti-henti menangis. Fara pula sudah pulang ke kampung kerana esok merupakan cuti umum.
                "Syaf datang sini jumpa mama. Kita bincang apa yang dah berlaku," pujuk Datin Farizah.
                Syaf mengeluh lemah mendengar kata-kata Datin Farizah. Hendak bincang apa lagi? Sedangkan Farish sudah pun memutuskan hubungan dengannya. Rasanya dia sudah tidak berdaya lagi untuk berkata apa-apa. Namun bila mengenangkan Firash yang terus sahaja melarikan diri, hatinya terasa sakit.
                "Ma. boleh tak Syaf datang esok? Syaf penatlah," putusnya setelah seketika mendiamkan diri. Datin Farizah menarik nafas perlahan.
                "Yelah, Syaf jangan lupa datang, okey? Jangan pendam masalah ni sendiri. Jangan lupa yang mama ada kat sini," pesan Datin Farizah lagi. Bimbang juga jika gadis itu melakukan perkara yang bukan-bukan. Sudahlah gadis itu tiada tempat untuk bergantung setelah kematian kedua-dua orang tuanya.

                "Insya-Allah, ma. Nanti Syaf cuba datang," Syaf memutuskan talian. Telefon bimbit itu dimatikan sebelum menutup mukanya dengan bantal. Air mata yang sedari tadi bertakung di tubir matanya akhirnya kembali menitis.

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA - BAB 3

BAB 3
"TAK angkat call pun," rungut Farish di dalam hati. Dia memandang lama ke skrin telefon bimbitnya. Hampir empat kali dia membuat panggilan kepada Syaf namun semuanya tidak berangkat. Dia mengeluh perlahan dan melangkah ke arah tetamu-tetamu yang mula mengerumuni Raimy dan adiknya itu. Sesi memotong kek sedang berlangsung.
                "Thanks sebab sudi datang. Hope kau orang semua enjoy dengan party ni," ucap Raimy dengan senyuman. Adiknya Raina hanya mengangguk tanpa memberikan ucapan. Farish sekadar tersenyum memandang mereka berdua. Hatinya masih dilanda gelisah. Ke mana pulak perginya Syaf ni? Rasanya tadi ada lagi kereta dia kat depan rumah. Hendak bertanyakan kepada Raimy, dia masih sibuk melayan tetamu. Akhirnya Farish sekadar mengambil minuman dan duduk di satu sudut.


FIRASH memegang kepalanya yang berpusing-pusing dan melangkah ke katil. Baru sahaja dia hendak membaringkan tubuhnya di situ,kelibat seseorang yang terbaring di katil sedikit mengejutkannya. Firash terkedu di situ. Dia menggosok-gosok matanya perlahan. Macam kenal aje. Syaf?
                Tubuh Syaf yang separuh terbaring dan separuh lagi terkulai di birai katil direnungnya lama. Gaun labuh yang dipakai oleh gadis itu sedikit terselak menampakkan betisnya yang putih melepak. Firash menelan air liur. Dia cuba untuk tidak memandang namun otaknya sudah hilang kewarasan itu menidakkan tindakannya itu.
                Dengan langkah yang sedikit terhuyung-hayang, dia mendekati gadis itu. Diangkat separuh tubuh gadis itu yang terjatuh di lantai dan dibaringkan ke katil. Wajah gadis yang bermekap tipis itu sekali lagi mengocak nalurinya. Bibir gadis yang dioles dengan lipstik pink lembut itu diusap dengan jari.
                "Kenapa kau nampak cantik sangat ?" bisik Firash sambil ketawa kecil. Tangannya mula menarik lilitan tudung yang dipakai oleh Syaf. Sedikit kasar perlakuannya menyebabkan tudung itu hampir sahaja terkoyak.Dicampakkan tudung itu ke lantai. Rambut Syaf yang panjang separas bahu itu dicium lembut.
                Dia memandang lama ke arah tubuh gadis itu sebelum membaringkan tubuhnya di sebelah Syaf. Tubuh gadis itu dirangkul erat sebelum dia memejamkan matanya.


HAMPIR tiga puluh minit berlalu, Farish sudah tidak betah lagi untuk berada di situ lama-lama. Tambahan pula majlis itu sudah hampir menjadi party liar. Dia terperasan beberapa pelayan yang mula mengangkut botol-botol minuman keras ke meja hidangan. Terbabtut niatnya untuk menambah minuman lagi. Seakan-akan tidak percaya yang kawan baiknya itu sudah terpesong jauh. Jikalau dulu, mereka bertiga adalah kawan baik semasa zaman belajar. Ke mana sahaja mereka selalu bertiga. Namun setelah habis belajar, Raimy mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Mungkin juga terpengaruh dengan budaya Barat, bisiknya lagi.
                Tubuhnya yang bersandar di sofa itu digerakkan sedikit untuk menghilangkan rasa penat akibat membuat kerja lebih masa tadi. Dia bingkas bangun untuk mencari Syaf. Dia perasan yang kelibat Syaf tiada di mana-mana. Dia berjalan mendekati Raimy yang sedang bergelak ketawa dengan seorang perempuan yang berpakaian seksi.
                "Dari tadi aku cari Syaf tak jumpa. Kau nampak tak?" soalnya kepada Raimy. Raimy berhenti ketawa dan memandang Farish lama. Seketika kemudian dia mengangguk.
                "Ha, tadi aku rasa dia pergi tandas kat atas..." balas Raimy. Tiba-tiba baru sahaja dia teringatkan Syaf yang pergi ke tandas sebelumacara memotong kek tadi. Alamak! Syaf tak turun ke? Macam mana aku boleh lupa ni? Habislah plan aku tadi, bisik hatinya.
                "Oh, ye ke? Aku naik kejaplah," balas Farish lalu berjalan menghala ke tangga.
                Raimy sudah gelabah. Wajahnya sedikit pucat. Hendak halang Farish, nanti nampak sangat. Hmmm, biar sajalah. Kalau jumpa Syaf kat mana-mana sorang diri tak adalah dia syak aku, bisik hatinya lagi. Matanya hanya memandang kelibat Farish yang sudah sampai ke pelantar tangga.


"YA ALLAH, Firash, Syaf !!!"
                Firash mencelikkan sedikit kelopak matanya apabila telinganya menangkap bunyi suara yang seakan-akan menjerit. Dia merengus perlahan dan cuba menutup mata kembali kerana merasakan kepalanya yang sedikit pening. Namun suara yang memanggil namanya sedikit kuat daripada tadi itu terus sahaja menyegarkan matanya.
                Perkara pertama yang menyapa pandanga matanya ialah seraut wajah yang amat dikenalinya. Syaf? Macam mana Syaf boleh ada dengan aku ni? Mindanya cuba memproses apa yang sedang berlaku. Dia bingkas bangun dan cuba duduk bersila di katil. Selimut yang menutup tubuhnya yang tidak berbaju itu melorot jatuh.
                "Tak guna punya adik, kekasih aku sendiri pun kau rembat!" Teriakan seseorang serta tumbukan kuat terasa di pipinya. Berdengung rasa telinganya akibat tumbukan itu. Serta-merta dia palingkan wajah ke arah seseorang yang menumbuknya dengan pandangan tajam.
                "Farish? Kau kenapa?" soalnya geram. Terasa cecair hangat mengalir di celah bibirnya. Farish merenungnya dengan tajam. Masing-masing berlawan pandangan.
                "Kau boleh tanya aku kenapa? Cuba kau tengok apa yang dah kau buat???" Farish menuding jari ke arah Syaf yang masih lena tidak berkutik di sebelah Firash. Firash panar. Air liurnya ditelan kesat. Macam mana boleh jadi macam ni?
                "Errr... aku... aku tak tahu," tergagap-gagap Firash bersuara apabila menyedari apa yang sudah terjadi. Dia mengerling ke arah tubuhnya yang tidak berpakaian.
                "Aku tak sangka perangai kau seteruk ni..." sambung Farish lagi dengan nada sedikit mengendur. Hancur luluh hatinya bila melihat apa yang tidak sepatutnya berlaku. Tubuh Syaf yang sudah mula bergerak-gerak sedikit itu dipandangnya sayu. Ya Allah, sakitnya hati aku tengok dia orang berdua ni!
                "Ada apa ni?" Syaf menggosok-gosok mata dengan suara sedikit serak. Terganggu tidurnya dengan suara berbalas jeritan. Matanya menangka Farish yang merenungnya tajam.
                "Jangan buat tak tahu dengan apa yang dah berlaku," sindir Farish pada Syaf.
                Syaf yang mula menyedari sesuatu itu memandang Firash yang sedang terkocoh-kocohmemakai pakaian. Serentak itu dia memandang ke arah tubuhnya yang dibaluti selimut. Apa sebenarnya yang telah terjadi?
                "Sumpah Rish, Syaf tak tahu apa yang berlaku ni!" Syaf mula menangis. Gaun labuh yang tersingkap ke tubuhnya itu dibetulkan. Seketika matanya tertancap pada cadar berwarna lembut itu. Hampir terbeliak matanya melihat beberapa tompokan cecair berwarna di situ. Ya Allah, betulkah semua ini realiti?
                Farish mendekati Syaf. Matanya juga menghala ke arah pandangan Syaf.
                "Tak tahu apa yang dah berlaku? Kalau tak ni apa?" Farish menuding jari ke arah cadar itu.
                Syaf terdiam tanpa kata. Menggigil rasa tubuhnya di situ. Firash yang baru sahaja siap mengenakan pakaian di tubuhnya juga tersentak.
                "Kita putus!" bentak Farish dan laju menapak ke luar bilik. Tidak sanggup untuk melihat apa yang sudah berlaku di hadapan matanya itu.
                "Farish!" panggil Syaf dalam tangisan. Hampir terjelopok tubuhnya itu ke lantai.
                Firash yang melihat tubuh Syaf yang jatuh ke lantai itu sedikit tergamam. Dia tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Otaknya kosong.
                "Kau jangan dekat dengan aku!" jerit Syaf kuat apabila merasakan Firash mendekatinta.

                Firash sedikit tersentak dan berundur. Dia keliru dengan apa yang perlu dibuatnya ketika ini. Akhirnya dia meninggalkan gadis itu tanpa berkata apa-apa.

Monday, October 21, 2013

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA - BAB 2

BAB 2
SYAF mengeluh perlahan apabila memandang sekeliling. Dia tidak tahu untuk bergaul dengan tetamu yang datang ke sini.  Yalah, kebanyakannya berbual fasal lelaki dan kadangkala terdengar fasal kisah-kisah shopping di sana sini. Betul-betul bosan, bisiknya dalam hati.
                "Manalah Farish ni? Dah pukul sepuluh lebih dah!" rungut Syaf sambil memandang jam di pergelangan tangan. Bunyi muzik yang mula mendayu itu membuatkannya sedikit kekok. Ada yang di antara mereka yang tidak segan-silu menari. Syaf menarik nafas lemah. "Kenapalah aku boleh datang ke sini malam ni?" bisiknya lagi.
                "Syaf!" Panggilan seseorang mengejutkannya. Dia berpaling ke arah kanan. Raimy sedang membawa segelas minuman kepadanya.
                "Sorry, Syaf. Kau bosan ke?"  Raimy tersenyum manis. Dia menghulurkan gelas yang berkaki tinggi ke arah Syaf.
                "Aku tak pandailah nak bercampur dengan dia orang ni. Anyway, thanks for the drink." Syaf sedikit merungut. Minuman di gelas itu diteguk sedikit untuk menghilangkan dahaga yang bertandang. Terasa sedikit pelik apabila airitu menuruni rengkungnya namun tidak ditanyakan kepada Raimy.
                "Kau tak nak bercampur dengan dia orang pun tak apa. Aku kan ada," tutur Raimy. Matanya tidak lepas memandang Syaf yang meneguk air di gelas.
                "Kau memang ada, tapi kau kan birthday boy. Kenalah layan tetamu yang datang," sambung Syaf lagi dan meneguk sedikit lagi minuman di gelas. Raimy mula tersenyum lebar mendengar jawapan Syaf.
                "Takpe. Untuk kau, aku tak kisah."
                "Yelah tu. By the way, mana adik kau? Dari tadi aku cari, tapi tak jumpa-jumpa lagi." Syaf meliarkan matanya.
                "Ada tu... tadi dah turun tapi tak tahu pulak ke mana," balas Raimy sambil menghalakan pandangannya ke muka pintu. Kelihatan adiknya Raina sedang berjalan dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacak. Hmmm, another boyfriend?
                "Ha, tu pun dia. Yang pakai gaun putih tu." Raimy menuding jari ke arah Raina yang sedang berjalan. Serentak dengan itu Syaf menghalakan pandangan ke arah yang ditunjukkan. Matanya tiba-tiba membulat. Bukan kerana terkejut melihat Raina, tetapi sedikit terkejut apabila melihat kelibat lelaki yang berada di sisi Raina. Firash?
                "Raina dear. Datang sini kejap," panggil Raimy sambil menarik tangan adiknya. Langkah Raina terhenti dari memandang ke arah abangnya. Serentak itu matanya turut memerhatikan perempuan yang berada di sisi abangnya. Who's she? Jangan kata ini girlfriend abangnya pula. So out of date!
                "Yes my big brother, anything can I help you?" balasnya dengan sedikit manja. Maklumlah anak bongsu, memang dimanjakan oleh abang serta ibunya. Raimy tergelak kecil mendengar kata-kata adiknya itu.
                "Kenalkan kawan abang masa kat uni dulu. Syafa Aqira," Raimy menuturkan ceria. Namun Raina hanya membuat muka seperti tiada perasaan. Huluran tangan Syaf juga tidak disambut.
                "Hai," pendek sahaja Syaf bersuara. Dia tidak kisah jika Raina tidak senang dengannya. Apa yang dikisahkan sekarangialah lelaki yang berada di sebelah Raina itu. Sudahlah memandangnya dengan pandangan tidak berkelip. Terasa sedikit berdebar pula apabila melihat renungan tajam yang dilemparkan itu.
                "Erm abang, kenalkan kawan Raina, Firash." selamba sahaja Raina menarik lengan Firash supaya rapat dengannya. Firash yang sedikit terkejut dengan perbuatan Raina cuba mengukir senyuman tawar buat Raimy. Tangannya dihulur untuk berjabat.
                "Raimy," ucap Raimy sebagai tanda perkenalan. Masing-masing kelihatan kekok untuk bercakap. Mungkin kerana kali pertama berjumpa.
                Syaf meneguk habis air di gelasnya untuk menghilangkan debar di dada. Serentak itu kedengaran seseorang memanggil Raimy dan Raina dari arah dapur. Mungkin sudah tiba masanya acara memotong kek, fikir Syaf lagi.
                "Kau buat apa kat sini?" tegur Firash pada Syaf yang sudah meletakkan gelas minuman di meja.
                Syaf berpaling memandang Firash. Kenapa dengan dia ni? Macam tak suka saja aku ada kat sini. Bukannya party dia pun!
                "Datang majlis hari jadi. Apa lagi?" balas Syaf bersahaja. Malas dia hendak melayan Firash yang seperti tidak berpuas hati dengannya. Sedangkan Firash mula terfikirkan sesuatu. Dia datang party ni tanpa Farish? Biar betul! Sudahlah ni private party!
                "Aku tak tahu pulak kau suka datang private party macam ni. So impressive." tutur Firash dengan nada jengkel. Syaf yang sedang memerhatikan makanan yang berderet di atas meja itu kembali berpaling. Tak habis lagi dia ni nak ganggu aku. Rimas betul!
                "Ikut suka akulah. Kau sibuk apasal?" balasnya dengan sedikit geram. Dia datang sini tak apa pulak... aku datang tak boleh? rungut Syaf di dalam hati. Terasa sedikit pening dengan pertanyaan dan gangguan daripada Firash, dia cuba melarikan langkah ke sudut lain.
                Firash merengus geram apabila mendengar jawapan kasar daripada mulut Syaf itu. Kalau Farish tahu dia datang ke sini, mahu berperang dunia ketiga apa! Aku tanya pun salah, getus Firash di dalam hatinya. Dia memandang Syaf yang sudah menjauhkan diri daripadanya.



'KAT MANA pulak tandas ni?' gumam Syaf di dalam hati. Matanya tertinjau-tinjau mencari tandas di rumah itu namun tidak kelihatan. Sudah dua pintu yang dibukanya. Semuanya hanya bilik stor. Takkan tak ada tandas langsung kat sini, bisiknya dalam hati.
                "Kau cari apa tu Syaf?" tegur Raimy yang muncul dari arah dapur. Di tangannya ada dua gelas minuman. Syaf yang terkejut hampir-hampir sahaja melanggar Raimy. Lelaki itu tersenyum. Dihulurkan segelas ke arah Syaf namun Syaf menolak. Raimy meletak kembali gelas yang berada di tangannya ke arah meja kecil yang ada di sudut tangga.
                "Aku cari tandas tapi tak jumpalah,"
                "Oh! Kau pergi tingkat ataslah. Tandas kat tingkat bawah ni rosak," balas Raimy sambil meneguk air.
                "Dah tu, macam mana aku nak tahu tandas tu kat mana?" tanya Syaf. Karang tak pasal-pasal pulak silap masuk bilik orang, kan haru!
                "Hmmm, kau naik atas, dan belok kanan. Situ ada bilik tetamu. Kau gunalah tandas dalam tu," balas Raimy. Syaf mengangguk perlahan tanda faham.
                "Aku pergi dululah." Syaf mendaki tangga dan meninggalkan Raimy di situ sedangkan Raimy sudah tersenyum lebar. Dia kembali ke dapur.
                Firash yang perasan akan kelibat Syaf mendaki tangga itu merenung lama. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Suka-suka hati dia saja naik tingkat atas, bisik Firash.
                "Hai Firash. You pandang apa tu?" tegur Raina yang baru sahaja menghampirinya dari arah belakang. Firash tidak jadi untuk memandang ke atas lalu berpalingmenghadap Raina.
                "Erm, tak ada apa-apalah," balas Firash, cuba buat muka selamba. Sekali-sekala matanya mengerling ke tingkat atas.
                "Your drink," hulur Raina kepada Firash yang dengan senyuman menggoda. Diperhatikan gelagat Firash yang sedikit tidak selesa.
                "Thanks," balas Firash lalu meneguk minuman yang dihulurkan. Dengan sekali teguk sahaja, terus gelas itu kosong.
                Raina sudah tersenyum lebar. Dia pasti perangkapnya untuk mengenakan Firash pada malam ini sudah berhasil. Susah sungguh untuk mendekati lelaki itu. Ini pun dia mengambil kesempatan atas majlis sambutan hari jadi dia dengan abangnya.
                "Jom teman I menari?" pinta Raina dengan senyuman manis. Firash yang mendengar pelawaan Raina itu terus sahaja menggeleng.
                "Sorry Raina, I tak biasalah," tolak Firash.
                Riak wajah Raina mulai berubah. Dia menggigit bibir perlahan. Sedikit kecewa dengan penolakan Firash.
                "Ala temankanlah, kejap je. Lagipun I tak de teman ni," pujuk Raina dengan penuh lembut. Firash mengeluh perlahan. Dikerlingnya tetamu yang mula menari apabila lagu-lagu bernada romantik ke udara.
                "Tapi Raina, I... " Belum sempat Firash menghabiskan ayatnya, Raina sudah menariknya ke ruang tamu. Dengan selamba kedua-dua tangan Firash diletakkan ke pinggangnya. Firash seakan-akan terkedu. Tidakpernah sekalipun dia berada rapat seperti itu dengan mana-mana perempuan.
                Bergetar naluri lelakinya bila berada rapat dengan Raina. Gadis itu seakan-akan sengaja menggodanya dengan melentikkan tubuh rapat ke tubuhnya. Dadanya mula berombak kencang. Raina yang mula merasa Firash sudah mula terhanyut  dan tergoda dengan dirinya itu meletakkan tangannya ke leher Firash untuk merangkulnya. Matanya merenung lembut ke arah Firash yang nampak kacak di matanya.
                "I'll make you happy tonight," bisik Raina dengan lembut ke telinga Firash.
                Firash seakan-akan terpukau melihat wajah Raina yang sedang merenungnya dengan pandangan menggoda. Dia mula mempamerkan senyuman. Sedikit demi sedikit minuman yang telah dicampur dengan bahan mengkhayalkan itu meresap ke dalam segala urat saraf di tubuhnya. Firash sudah mula lupa segalanya. Dirangkulnya tubuh ramping Raina dengan perasaan teruja.
                Raina sudah tersenyum lebar.


SYAF menolak pintu tandas yang terbuka dan bersandar di situ. Dia meraup mukanya yang masih basah dengan air. Kepala yang sedikit pening itu dipicit dengan jari. 'Kenapa pulak tiba-tiba rasa pening ni?" bisik hatinya.
                Dia cuba untuk melangkah namun terasa lututnya seakan-akan lemah untuk berjalan. Namun dia cuba kuatkan diri juga untuk melangkah. Sampai saja ke birai katil, kakinya sudah tidak mampu lagi untuk menanggung tubuhnya. Dia duduk sekejap di birai katil dengan menggosok mata yang mula terasa mengantuk. Pandangan yang cerah mulai terasa gelap walaupun keadaan bilik itu diterangi cahaya lampu. Tanpa sedar akhirnya tubuhnya melorot jatuh ke atas katil.


"YOU rehat kat atas ajelah," pujuk Raina lembut pada Firash yang sudah mula meracau itu.
                "Tak naklah, I nak teman you kat sini," balas Firash ketawa. Dia sudah mula lupa akan segala-galanya. Tubuhnya sedikit terhuyung-hayang walaupun tangan Raina kejap memeluk pinggangnya.
                "You temankan I kat atas, okey?" Raina menarik tangan Firash dan merekamula mendaki tangga ke tingkat atas. Namun matanya sempat menangkap  abangnya yang sedang berbual dengan seseorang di muka pintu rumah. Cepat-cepat dia menolak tubuh Firash ke atas. Tidak mahu abangnya itu menangkap perbuatannya ketika ini. Firash yang sudah separa sedar itu mengikut sahaja kata-kata Raina tanpa banyak cakap.
                Sampai sahaja di tingkat atas, Raina menolak tubuh Firash ke dalam bilik tetamu. Tangan Firash yang masih memeluk pinggangnya itu dirungkaikan. Dia perlu turun ke bawah semula untuk sesi memotong kek. Jika dia berada bersama Firash di situ tentulah abangnya akan tercari-cari akan kelibatnya.

                "You tunggu I, ye? I nak turun kejap," pesan Raina kepada Firash yang sudah melangkah ke arah katil. Tanpa memerhatikan keadaan bilik itu, Raina menutup rapat pintu bilik tetamu lalu turun ke tingkat bawah. Hatinya berbunga ceria. Tidak sabar rasanya untukmeluangkan masa dengan lelaki itu nanti!

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA - BAB 1

BAB  1
SYAF membelokkan kereta Myvi putihnya ke jalan yang mempamerkan papan tanda Tilatri High. Suasana  malam yang hanya diterangi oleh lampu-lampu neon itu membuatkan pemandangan di situ sedikit cerah. Dia memang kurang suka keluar malam namun atas jemputan seorang rakan baik semasa berada di universiti dulu, terpaksa juga dia memujuk diri unutk keluar. Lagi pula sekadar sambutan majlis hari jadi sahaja, tidak salah, kan?
                Terdapat banyak lot-lot banglo mewah terbina megah di kiri kanan jalan. Ada yang mempunyai ketinggian dua tingkat dan ada yang sehingga mencecah empat. Memamng betul-betul kawasan perumahan elitlah, bisik hatinya.
                Rumah banglo tiga tingkat yang bernombor 3003 itu menarik perhatiannya. Sememangnya rumah itulah yang dicari jika mengikut alamat yang diberi oleh kawan baiknya itu.
                Dia memberhentikan keretanya di pinggir jalan yang sedikit jauh kerana di kiri kanan jalan di situ sudah penuh dengan kereta terparkir. Dia menjeling sedikit ke arah laman rumah banglo itu. Agak sesak sedikit dengan kereta-kereta mewah yang tersusun. Dia menarik nafas panjang sebelum melepaskannya perlahan-lahan. Terasa sedikit kerdil dirinya ketika ini yang hanya memandu kereta Perodua Myvi sahaja.
                Telefon bimbit di dalam clutch bag yang digenggam di tangan dikeluarkan. Butang menu mesej ditekan untuk memastikan alamat yang tertera di situ sama dengan nombor rumah yang ada di hadapannya ketika ini. Setelah memastikan alamat itu betul, dia membuka pintu keretanya untuk keluar. Gaun labuh separas buku lali yang berwarna perang gelap itu dibetulkan sedikit supaya kelihatan kemas. Lilitan tudung yang tersarung di kepalanya dilihat di cermin kereta. Perfect!
                Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon bimbitnya  berlagu. Telefon bimbit yang sedia ada di tangan dikerling sekilas. Cepat-cepat butang hijau ditekan laju apabila terpandang nama yang dikenali di skrin telefon. Bibirnya mula mengukir senyuman lebar.
                "Helo Rish," sapanya lembut kepada pemanggil di talian.
                "Helo Syaf, dah sampai ke?" tanya lelaki yang dipanggil Rish itu.
                "Ha, dah sampai dah ni. Rish lambat lagi ke nak datang sini?" soalnya kembali.
                "Maybe Rish pergi lewat sikit kut. Kena siapkan report ni dulu." Syaf mengeluh perlahan. Akur dengan jawapan yang didengari daripada lelaki itu. Lelaki itu memang fokus dengan kerjanya apatah lagi baru-baru ini telah dinaikkan pangkat. Sudah tentu semakin banyak urusan kerja yang perlu dilakukan.
                "Hmmm, yelah. Nanti dah sampai jangan lupa give me a call, okay?"
                "Okay,dear. Rish letak dululah eh. Take care."
                "Okeylah, you too. Bye."
                "Bye." Panggilan itu dimatikan. Nampaknya terpaksalah dia jumpa Raimy dulu , walaupun pada awalnya dia dengan Rish telah berjanji untuk datang bersama-sama ke majlis hari jadi teman mereka itu.
                Kaki yang tersarung kasut jenama Vincci yang bertumit dua inci setengah itu mula melangkah perlahan-lahan menuju ke halaman rumah banglo yang tersergam indah. Sedikit debaran melanda dadanya ketika ini. Terasa agak kekok namun dia cuba untuk berbuat selamba.
                Belum sempat kakinya menjejak interlock walkway yang terdapat di halaman  rumah banglo tersebut, dirinya sudah disapa oleh seseorang  yang berpakaian  seperti pengawal. Dia mengukir  senyum tipis.
                "Cik datang untuk majlis hari jadi Tuan Raimy ke?" soal lelaki yang berpakaian seperti pengawal keselamatan itu.
                "Ha, saya datang atas undangan Tuan Raimy..." balasnya seraya mengangguk perlahan.
                "Oh, okey. Dipersilakan," pelawa lelaki tersebut lalu menunjukkannya ke arah pintu utama yang tertutup rapat. Lelaki itu membuka pintu dan sekali lagi tersenyum padanya.
                "Terima kasih," balasnya sambil melangkah masuk ke dalam rumah. Pintu rumah itu ditutup kembali dari luar. Matanya cepat memandang ke arah segenap rumah yangdipenuhi tetamu yangkelihatan di sana sini. Muzik kuat berdentum memecah suasana.Private party?


FIRASH memandu sambil memerhatikan jam di dashboard kereta. Tepat jam sembilan malam. Dia mengeluh perlahan danmemandang ke arah jalan raya yang masih sesak dengan kenderaan. Inilah padahnya gatal sangat main game tadi sampai terlewat keluar, bisiknya dalam hati. Namun dia tetap juga pergi atas jemputan seorang teman satu universiti.
                Baru sahaja tangannya hendak menekan punat radio, iPhonenya di poket bergetar perlahan. Jarinya tidak jadi untuk menekan punat radio sebaliknya cuba menarik iPhonenya itu. Dia merengus kecil apabila iPhonenya sedikit tersekat akibat jean yang dipakainya sedikit ketat.
                Apabila iPhonenya itu berjaya dikeluarkan, jarinya pantas menekan butang hijau dan loudspeaker. Dahinya sedikit berkerut apabila mendengar suara pemanggil itu.
                "Kau tak jadi pergi ke Mie?" soalnya dengan rasa tidak puas hati.
                "Kau ajelah pergi dulu, Chad. Aku tiba-tiba macam sakit perut aje ni. Dah banyak kali ulang-alik pergi tandas," balas kawannya yang bernama Mie di talian. Firash tersandar di seat kereta Mitsubishi Evo-nya itu. Ada riak tidak senang terpamer di wajahnya.
                "Kau ni Mie, macam-macamlah. Dah aku nanti macam mana pulak kat sana? Dahlah si Fiqri tu tiba-tiba saja ada hal family pulak malam ni..." rungut Firash lagi.
                "Sorrylah dude. Buka sengaja pun. Ala... kau just pergi hantar hadiah lepas tu balik ajelah," cadang Mie. Firash diam seketika dan mula berfikir akan cadangan Mie itu.
                "Hmmm, okey jugak tu. Nanti lepas tu aku balik rumah terus. Kau masak macam biasa, eh?"
                "Yelah,yelah. Jangan lupa kirim salam dan ucapanaku kat Raina tu," Mie tergelak kecil.
                "Ha, yelah. Aku letak dulu ni." Firash memutuskan talian. Bibirnya mengukir sedikit senyuman apabila kenderaan yang bersesak-sesak itu mulai berkurangan.


SYAF memerhati ke sekeliling untuk mencari Raimy namun kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Sejujurnya dia berasa agak sedikit kekok untuk berada di rumah mewah lelaki itu walaupun tetamu yang datang agak ramai. Bukannya apa, hampir semua tetamu yang datang berpakaian ala-ala Barat. Semuanya hampir-hampir tidak cukup kain. Hanya beberapa kerat sahaja tetamu yang mengenakan tudung namun pakaian mereka lebih kurang sama sahaja seperti tetamu lain.
                Dia mengambil piring kertas dan mengisi beberapa keping puding jagung  yang ada di situ. Namun semuanya terhenti apabila terasa bahunya dicuit seseorang. Dia lantas berpaling. Llelaki yang berkemeja Polo Ralph Lauren berwarna biru lembut sedang tersenyum manis memandangnya.
                "Ha, datang pun. Ingat tak datang tadi." tutur lelaki itu sambil matanya merenung tepat ke wajah Syaf. Syaf tersenyum membalas.
                "Mestilah datang. Dah nama pun kawan baik, kan? Selamat hari jadi. Moga panjang umur dan murah rezeki selalu," balas Syaf sambil tergelak kecil. Raimy panar melihat gadis di hadapannya ketawa. Sudah lama dia merindui gelak ketawa gadis itu. Sejak dari zaman universiti lagi.
                "Thanks, Syaf. Ermm, hadiah aku mana?" soal Raimy lagi separuh mengusik. Syaf memandang Raimy. Alamak! Lupa pulak nak ambil dalam kereta tadi!
                "Eh, aku lupa la, Raimy. Nanti eh, aku pergi ambil kejap." Balas Syaf lalu meletakkan kembali piring kertas di meja hidangan. Dia yang mula melangkah, berhenti apabila terasa lengannya itu dipegang.
                "Relakslah Syaf. Aku gurau ajelah. Kau sudi datang pun dah cukup baik," ujar Raimy lagi. Syaf tidak jadi untuk melangkah namun matanya sempat merenung tangan Raimy yang masih memegang lengannya walaupun berlapik. Raimy yang memahami akan perkara itu cepat-cepat mengalihkan tangannya.
                "Yelah, tapi sebelum balik nanti kau jangan lupa ingatkan aku tau!" pesan Syaf.
                "Okey,okey... nanti aku beritahu, Jemputlah makan dulu Syaf, kejap lagi baru potong kek," sambung Raimy lagi.
                "Oh yeke?Erm, kau cakap birthday ni sekali dengan adik kau. Mana dia?" soal Syaf sambil matanya melilau memandang sekeliling. Cuba mencari adik Raimy walaupun dia sebenarnya tidak pernah lagi berjumpa.
                "Oh adik aku tu. Hmmm, biasalah... tengah bersiap tu kat atas. Eh, Rish tak datang ke?" soal Raimy lagi berbasa-basi. Dia perasan Farish tiada bersama dengan Syaf tadi. Namun kalau lelaki itu tidak datang , okey juga. Bolehlah dia meluangkan sedikit masa bersama dengan Syaf, bisik hatinya lagi dengan senyuman di bibir.
                "Oh macam tu. Rish kata nak datang tapi maybe lewat sikit kut. Ada kerja lagi kat ofis," balas Syaf tanpa mengesyaki apa-apa akan pertanyaan daripada Raimy itu. Tambahan pula mereka bertiga berkawan baik sejak di universiti dulu. Segala kisah suka duka mereka bertiga dikongsi bersama.
                "Raimy! Terdengar satu suara sedikit menjerit memanggil Raimy.
                Syaf dan Raimy masing-masing  berpaling ke arah suara itu. Kelihatan seorang perempuan yang memakai gaun malam bertali halus di bahu itu sedang tersenyum manis memandang Raimy. Dengan langkah sedikit menggoda, dia berjalan mendekati Raimy. Tanpa segan-silu tangannya merangkul erat lengan Raimy. Raimy memandang kelat ke arah Syaf di hadapannya.
                "Raimy, dari tadi I cari you tau!" Perempuan itu berkata separuh berbisik di telinga Raimy. Wajah Raimy seakan serba salah ketika memandang Syaf.
                "Erm, aku pergi makan dululah Raimy. Jumpa lagi nanti." Akhirnya Syaf mengundurkan diri apabila menyedari pandangan tajam yang dilemparkan oleh perempuan yang berada di sisi Raimy itu. Laju sahaja dia mendekatkan dirinya ke arah meja makan yang dipenuhi dengan deretan pelbagai makanan. Piring kertas yang mengandungi beberapa keping potongan puding jagung itu sekali lagi diambil. Dia menuju ke arah sofa yang terdapat di hujung ruang tamu itu.


SUSAH betul nak masuk dalam rumah ni, siap ada pengawal bagai," gumam Firash lalu melangkah ke pintu besar rumah banglo tiga tingkat itu. Pengawal yang baru sahaja menegurnya tadi dikerling sekilas. Namun di dalam hatinya terasa sedikit pelik apabila menyedari yang majlis sambutan hari jadi itu dibuat di rumah, tidak di hotel atau pun restoran mewah. Si Raina ni buat private party ke?
                Bungkusan cantik di tangan direnung seketika. Harap-harap Raina suka dengan hadiah daripadanya ini. Dia memang tidak pandai memilih hadiah. Sekadar novel terbaru yang dijumpainya semalam semasa berkunjung ke Popular untuk membeli komik. Hendak beli baju atau aksesori pun, lagilah dia tidak pandai. Apatah lagi dia tidak punya adik-beradik perempuan. Hanya ada seorang abang sahaja.
                Pintu rumah yang ditutup rapat itu tiba-tiba sahaja dikuak dari dalam. Dia terpempan di situ melihat Raina yang sedang memeluk lengan seorang lelaki. Raina yang sedang bergelak ketawa itu tiba-tiba sahaja berdiri tegak. Mati terus ketawanya. Tangannya yang erat memegang lengan lelaki berkemeja putih itu segera dilepaskan. Wajah yang sedikit kelat cuba tersenyum semanis mungkin buat Firash.
                "Firash, you datang juga akhirnya...," tegur Raina ceria dan mendekati Firash. Lelaki yang berada di sebelahnya memandang Firash dengan pandangan yang tidak dapat ditafsirkan namun Firash cuba berbuat selamba. Kotak hadiah yang berada di tangannya dihulurkan kepada Raina.
                "Happy birthday, Raina." ucap Firash dengan senyum tawar seperti tiada gula. Raina tersenyum manis. Laju sahaja tangannya menyambut huluran hadiah daripada Firash.
                "Thanks, Firash. Susah-susah je," balas Raina. Tangannya cuba menggoyang-goyangkan kotak itu. Firash hanya memandang tanpa perasaan. Matanya sempat mengerling keadaan di dalam rumah Raina yang dipenuhi tetamu yang kebanyakannya seperti daripada golongan berada.
                "You're welcome. Tak susah pun. Hmmm, ni private party ke?" tanya Firash kepada Raina yang masih ralit membelek hadiahnya. Raina mengangkat muka memandang Firash. Dia sedikit tersengih.
                "Haah. Private party. Untuk kawan-kawan terdekat aje,"balas Raina.
                "Patutlah..." gumam Firash perlahan.
                "Sorry, you cakap apa tadi?"
                "Erm, nothing," balas Firash bersahaja namun matanya sempat menangkap kelibat seseorang yang dikenalinya berada di celah-celah tetamu yang hadir. Is that her? Dia buat apa kat sini?
                "Eh, lupa pulak nak jemput you masuk. Jom!" pelawa Raina mesra. Lelaki yang berada di sisi Raina tadi sudah pun pergi apabila melihat Raina berbual mesra dengan Firash.

                "Erm... erm okey." tergagap Firash menjawab. Lupa sudah dia dengan cadangan Mie tadi. Tambahan pula kelibat sesorang yang dikenalinya itu menarik minatnya untuk berada di situ dengan lebih lama. Dia membuntuti Raina yang sudah melangkah masuk.

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA.... ( PROLOG )

PROLOG

Suasana di beranda sebuah rumah kayu yang memuatkan hampir dua puluh orang kanak-kanak itu sedikit riuh rendah. Masing-masing sedang mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran. Seorang gadis kecil yang sudah menginjak umur hampir dua belas tahun hanya memandang mereka semua dengan senyuman terukir di bibir. Dalam kalangan mereka semua, dialah yang paling tua. Dan dalam kalangan mereka semua, dialah yang paling banyak khatam kitab suci itu. Sudah hampir mencecah tiga kali khatam di dalam tempoh enam tahun dia mengaji. Namun kerana ingin menolong Mak Ngah Hasmah, dia sudi sahaja mengikuti pengajaran mak ngah itu. Tambahan pula tahun depan dia bakal menjejaki sekolah menengah. Sudah pasti aktiviti ini akan ditinggalkan kerana lewat petang baru pulang ke rumah.
                "Qira, mak ngah nak masuk dapur kejap. Qira tolong tengok-tengokkan mereka semua ni, eh? Kalau yang dah banyak baca tu boleh ajar," pinta Mak Ngah Hasmah. Wanita yang berusia awal empat puluhan itu memandang Qira. Dia hanya seorang suri rumah sepenuh masa namun disebabkan minat yang mendalam, dia mengambil keputusan untuk pergi berkursus dan akhirnya mengajar mereka semua mengaji di rumahnya saban petang.
                "Yelah mak ngah, nanti Qira tolong ajarkan... " balas si gadis ini sambil menguntum senyum. Dia amat menghormati wanita yang dipanggil mak ngah itu. Wanita itu terlalu baik kerana tidak mengambil upah pun untuk mengajar mereka semua mengaji. Semuanya dilakukan kerana minat dan dia ikhlas di dalam mengajar mereka semua.
                "Ha. ajarlah yang mana dah banyak baca tu. Selagi mereka tak lancar, kamu jangan pandai-pandai alihkan pulak. Nanti mak ngah datang balik," sambung Mak Ngah Hasmah lagi sebelum menghilangkan diri ke dalam rumah.
                Qira membetulkan sila. Nashkah suci itu dibelek-belek sebelum penunjuk kertas yang bercorak abstrak itu diletakkan di tengah-tengah muka surat yang sudah habis dibaca tadi.
                "Okey, siapa-siapa yang dah baca banyak kali tu, boleh datang sini." Qira berkata sambil memandang ke arah mereka yang masih sibuk membaca. Ada antara mereka yang membaca Iqra' dan ada yang sudah membaca kitab al-Quran walaupun umur masih muda.
                Matanya tertancap pada seorang budak lelaki yang memakai sepasang baju Melayu cekak musang berwarna merah hati. Bibirnya yang kemerah-merahan kerana kulitnya yang begitu cerah nampak comel sahaja ketika membaca. Bersungguh-sungguh sahaja gaya dia membaca. Dia tahu yang budak lelaki itu baru sahaja menamatkan bacaan Iqra' jilid enamnya minggu lepas. Jadinya minggu ini, budak lelaki itu sudah mula membaca kitab al-Quran.
                "Kak Qira, ajar Shidah dulu ye." Pinta seorang budak perempuan kecil yang hampir sebaya umurnya dengan budak lelaki yang memakai baju Melayu merah hati itu. Di kejauhan, Qira mendapati budak lelaki comel itu sedang memandang ke arahnya.
                "Yelah." Qira bersetuju. Laju saja Shidah bergerak  mendapatkan Qira yang sedang bersila itu. Rehal kayu yang ditatangnya itu diletakkan perlahan-lahan di hadapan Qira.
                "Kak Qira, ajar kita jugak." Qira yang sedang menunggu Shidah membelek muka surat Iqra' itu mendongak. Budak lelaki comel itu mengangkat rehal kayu yang berukir menuju ke arahnya. Hampir sahaja budak lelaki itu melanggar Shidah yang sudah berada di hadapan Qira.
                "Apa ni Acad, nasib tak langgar orang." tegur Shidah sedikit mencebik. Dia membetulkan kedudukannya kembali, sementara budak lelaki yang bernama Acad itu sudah merapati Qira di sebelah kanan. Hendak duduk berhadapan dengan gadis itu sudah tidak ada ruang Shidah ada. Terpaksalah dia duduk di sebelah kanan.
                "Shidah dah baca berapa kali?" soal Qira memandang Shidah di hadapannya itu.
                "Dah baca lima kali dah, Kak Qira." jawab Shidah sambil tersengih sambil tersengih.
                "Ala, baru aje baca lima kali dah suruh Kak Qira ajar. Kita yang baca sepuluh kali ni tak kecoh pun." Acad mencelah perbualan antara Qira dengan Shidah. Manakala Shidah sudah mempamerkan riak tidak senang dengan celahan Acad.
                "Orang baca lima kali pun dah lancar. Takmacam dia tu," sindir Shidah. Acad yang merasa dirinya diejek itu membuat muka.
                "Eh, tengok oranglah. Kak Qira patutnya ajar kita dulu. Kita dahlah datang awal tadi, baca pun dah banyak ni." Acad merenung Qira. Cuba menagih simpati daripada gadis itu.
                Qira mengeluh. Maca-macam hallah budak berdua ni!
                "Eh, kita yang datang dulu kat Kak Qira jadi kitalah yang Kak Qira ajar dulu," balas Shidah, tidak mahu mengalah. Dia menjeling ke arah Acad.
                "Kak Qira, mak ngah dah pesan tadi, kena ajar orang yang dah dah baca banyak kali. Ni Shidah baca sikit je." Acad mengingatkan Qira akan pesanan mak ngah sebentar tadi. Qira berdiam diri seketika sebelum membuat keputusan.
                "Yelah,yelah! Kak Qira ajar Acad dululah," putus Qira. Bimbang juga kalau Acad ini mengadu pada mak ngah. Habislah jatuh reputasi dia sebagai anak murid Mak Ngah Hasmah yang paling dipercayai itu. Acad sudah tersengih apabila gadis itu bersetuju untuk mengajarnya dahulu. Sedangkan Shidah sudah memeluk tubuh tanda tidak puas hati.
                "Yeay! Nanti kejap eh, Kak Qira." laju sahaja Acad mengangkatrehal kayunya berhadapan dengan gadis itu. Dia membuat isyarat kepada Shidah supaya Shidah bergerakke kiri sedikit untuk memberi ruang kepadanya.
                "Acad dah baca kat mana?" soal Qira memandang Acad yang sedang membelek helaian kitab suci itu.
                "Baru aje masuk  muka surat dua, Kak Qira." Acad tersenyum menampakkan kedua-dua lesung pipitnya serta gigi  yang tersusun rapi walaupun tidak penuh lagi.
                "Oh! Dah, cepat mulakan. Kak Qira pun nak balik dah lepas ni," sambung Qira.
                Acad cepat-cepat membaca bismillah. Seketika kemudian bibirnya perlahan mengalunkan ayat suci itu. Qira memandang sahaja raut wajah Acad yang sedang membaca. Hatinya sedikit kagm apabila Acad lancar sahaja membaca tanpa tersekat-sekat. Tidak padan dengan umurnya yang baru sahaja mencecah lapan tahun.
                "Dah, Kak Qira. Macam mana, boleh alih tak ke ayat yang lain?" soal Acad sambil tersenyum manis. Tersentak lamunan gadis itu seketika. Dia berdeham.
                "Hmmm, okey. Nanti baca dari isni sampai sini pulak." Penunjuk kertas itu ditunjukkan pada baris ayat yang perlu dibaca. Hanya lima baris sahaja yang dibenarkan untuk mengalihkan bacaan. Itu pesan mak ngah padanya jika hendak mengajar budak-budak yang baru sahaja membaca al-Quran. Bimbang jika disuruh baca banyak-banyak nanti, tidak pula kena tajwidnya.
                "Terima kasih, Kak Qira," balas Acad ceria. Tangannya laju menutup kitab al-Quran itu dan mengucupnya tiga kali sebelum dibawa ke dada.
                "Sama-sama," balas Qira. Belum sempat dia memanggil Shidah untuk menyuruh budak itu ke hadapannya, Mak Ngah Hasmah sudah muncul dari pintu utama.
                "Ha, Qira dah ajar ke?" soal makngah dari pintu.
                "Dah, mak ngah . Baru je lepas sorang." Dia menuding jari ke arah Acad yang sedang duduk di sebelahnya. Tak balik pulak budak ni. Ingatkan nak balik awal tadi, desis hatinya.
                "Baguslah tu. Ha Shidah, yang kamu tu kenapa duduk depan Qira? Meh sini mak ngah ajarkan," arah Mak Ngah Hasmah. Dia sengaja memanggil budak perempuan yang bernama Shidah itu. Bukannya dia tidak tahu yang Shidah itu selalu sahaja suruh Qira ajarkan sebab hendak balik awal. Kalau balik sebab ada kerja tidak apalah juga. Ini sibuk hendak ikut abang sulungnya pergi tangkap ikan sekila di parit.
                "Ala mak ngah, biar ajelah Kak Qira ajar," rengek Shidah tidak berpuas hati. Dia kalau boleh tidak mahu Mak Ngah Hasmah yang ajar kerana wanita itu selalu sahaja menegurnya kerana selalu pergi menangkap ikan dengan budak-budak lelaki termasuk abang sulungnya itu.
                "Padan muka!" Acad berkata dengan nada berbisik. Sengaja dia menunjukkan isyarat bagus kepada Shidah yang sudah terkulat-kulat di situ. Mak Ngah Hasmah yang mendengar Acad mengejek Shidah berkalih pandang.
                "Ha kamu tu Acad, kenapa tak balik lagi? Nanti sibuk pulak TokMi kamu cari..." tegur mak ngah pada Acad yang berada rapat dengan Qira.
                "Orang nak tunggu Kak Qiralah, mak ngah," balas Acad sambil tersengih.
                Mak Ngah Hasmah berkerut muka tanda tidak faham. 'Kenapa pulak budak ni sibuk nak tunggu Si Qira? fikirnya.
                "Kenapa pulak nak tunggu Kak Qira? Kan rumah kamu ikut jalan lain," selar mak ngah.
                Qira yang turut mendengar sudah memalingkan muka memandang Acad di sebelah. 'Kenapa nak tunggu aku pulak ni? Bukannya ada nak balik sama-sama pun!'
                "Saja je, mak ngah. Orang nak temankan Kak Qira balik," jawab Acad bersahaja.
                "Kita bukan balik jalan yang sama pun," Qira menambah. 'Apa kena dengan budak ni hari ni? Tersenyum-senyum aje dari tadi pandang aku. Sudahlah duduk dekat semacam aje.'
                "Kita nak temankan Kak Qira balik sebab kita sukakan Kak Qira. Nanti bila kita dah besar, kita nak kahwin dengan Kak Qira..." balas Acad sambil tersenyum lebar memandang Qira, sedangkan gadis itu sudah pun berkedu. Wajahnya merah padam. Budak-budak lain berpandangan sesama sendiri dan mula berbisik-bisik. Kemudian masing-masing menghamburkan ketawa mendengar pengakuan berani mati daripada Acad.
                "Dah... dah, jangan gelak lagi. Ha kamu Acad, kecik-kecik lagi dah pandai cakap suka kat orang. Habis tu Shidah yang suka kamu tu, macam mana? Mak Ngah Hasmah menenangkan keadaan. Terasa lucu juga mendengar pengakuan daripada budak lelaki itu tadi.
                "Biarlah kita kecik pun, nanti dah besar kita ajaklah Kak Qira kahwin dengan kita. Kita tak suka Shidah. Shidah gelap." polos sahaja suara itu menjengah ke telinga milik Qira.
                Serentak itu riuh ketawa memecah suasana. Qira sudah tidak betah berada di situ. Sudahlah tadi malunya bukan kepalang apabila semua pakat gelakkan dia, ini sekali lagi mereka semua ketawa. Tangannya mengambil beg kain yang mengandungi kitab al-Quran dan mula bingkas bangun. Laju sahaja dia mendapatkan Mak Ngah Hasmah.
                "Mak Ngah, Qira balik dululah. Assalamualaikum." Tangan Mak Ngah Hasmah disalam laju. Kemudian sedikit tergesa-gesa dia menuruni anak tangga kayu sebelum menyarung selipar jepunnya yang berwarna pink terang.
                Mak Ngah Hasmah menggeleng kepala melihat telatah Qira. Dia tahu sudah pasti gadis itu malu. Sudahlah dia antara yang paling tua di sini.
"Kita pun nak balik jugak, mak ngah," Laju sahaja Acad mendapatkan mak ngah sebelum terkocoh-kocoh menuruni anak tangga. Dia memandang ke hadapan, kelihatan gadis itu sudah mula menjauh.
                "Kak Qira, tunggu!" Dia melaung memanggil nama gadis itu namun gadis itu semakin melajukan langkah. Dengan berbekallkan sedikit tenaga, dia berlari mendapatkan gadis itu.
                "Kak Qira!" panggilnya dengan sedikit termengah-mengah. Dia menghalang laluan gadis itu dengan mendepangkan kedua-dua tangannya. Gadis itu terpaksa berhenti kerana jalan yang mereka lalui hanya kecil sahaja. Ada sepohon belimbing di situ, dan yang lainnya adalah semak-samun. Takkanlah dia hendak redah semak pula semata-mata hendak lari daripada budak lelaki itu.
                "Kenapa ni Acad? Kak Qira nak balik." Sedikit tegas nada yang dikeluarkan oleh gadis itu. Pandangan tajam dilemparkan ke arah budak lelaki yang sedang menghalang laluannya itu.
                "Kak Qira, kita sukakan Kak Qira. Kita sayangkan Kak Qira." Acad mengulang pengakuan yang dibuat tadi tetapi kali ini perkataan sayang ditambah di hujung ayat tersebut.
                Qira membulatkan mata. 'Tak habis-habis lagi dengan pengakuan dia tu. Ingat aku ni apalah agaknya,' bebel Qira di dalam hati.
                "Dah la Acad, Kak Qira nak balik ni." putus Qira. Dia merapatkan diri ke arah tubuh budak lelaki itu. Andai kata budak lelaki itu tidak mahu berganjak, dia sudah berkira-kira mahu menolak sahaja ke tepi. Tidak kisahlah kalau budak itu jatuh tergolek pun.
                "Kak Qira, kita sayang sangat kat Kak Qira," Ulang Acad lalu memegang tangan kanan Qira yang berada hampir dengan tubuhnya.
                Qira tergamam. Tanpa sedar anak matanya menangkap kelakuan budak lelaki itu padanya.
                "Kak Qira tunggu kita tau!" Budak lelaki itu menjongketkan kedua-dua kakinya sebelum mengucup pipi Qira yang sedang tegak berdiri. Serentak itu pantas sahaja dia berlari meninggalkan gadis itu yang sudah kaku dengan bibir yang tersenyum lebar.

                Qira memegang pipi kanannya yang baru sahaja dikucup. Terasa laju sahaja jantungnya berdegup.

Tuesday, April 30, 2013

ASAL USUL DAJJAL

Di sini ada beberapa pendapat berkenaan asal usul Dajjal dan hanya Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Kita hanya mampu berikhtiar untuk mempelajari dan mendalami segala ilmu yang baik di dunia ini. Ada orang mengatakan tidak ada gunanya kita cuba untuk mengetahui perihal Dajjal ini, tetapi mereka tidak sedar betapa nabi telah bersabda yang mafhumnya , “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472). HR Muslim . Bermakna ianya adalah suatu perkara TERBESAR yang sepatutnya diambil berat dan diperhatikan oleh semua pihak, terutama umat Islam. Semoga kita sentiasa berhati-hati dengan fitnah Dajjal kerana ianya mungkin sudah lama bermula dan semakin parah.Asal-Usul Keluarganya Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan Yahudi. Dia bukan Jin atau apa jua makhluk lain selain ia sebagai manusia yg ditangguhkan ajalnya “Minal Munzharin” seperti halnya Nabi Isa as yg di angkat oleh Allah swt ke atas langit dan ditangguhkan kematiannya sehingga beliau nantinya turun semula ke atas muka bumi ini lalu beliau akan mati dan di kuburkan di Madinah AlMunawwarah. Sama juga halnya dgn Nabi Khidhir, para malaikat dan Iblis yg di tangguhkan kematian sehingga kiamat nanti.
Ayahnya seorang yg tinggi dan gemuk. Hidungnya seperti Paruh burung (kebiasaannya orang Yahudi memang berhidung sebegini). Sedangkan Ibunya pula seorang perempuan gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al Barzanji ada pendapat mengatakan bahawa asal keturunan bapanya ialah seorang Dukun Yahudi yg di kenali dgn “syaqq” manakala ibunya adalah dari bangsa Jin. Ia hidup di zaman Nabi Sulaiman a.s dan mempunyai hubungan dengan makhluk halus. Lalu oleh Nabi Sulaiman ia akhirnya ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Walau bagaimanapun kelahiran dan kehidupan masa kecil tidak diketahui dgn jelas.

Sifat Badannya
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Dan tandanya yg paling ketara sekali ada dua;
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis didahinya tulisan “Kafir (Kaf-Fa-Ra)”. Tulisan ini dapat dibaca oleh setiap org Islam, sama ada ia pandai membaca atau tidak. Mengikut hadis riwayat At-Thabrani, kedua-dua tanda ini menjelma dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan. Adapun sebelum itu, kedua-dua tanda yang terakhir ini belum ada pada dirinya.
Tempat Tinggalnya Sekarang
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini dan tempat “transitnya” itu ialah di sebelah Timur bukan di Barat.
Ada pendapat mengatakan sekarang Dajjal tinggal di kerajaan iblis dan jin di Segitiga Bermuda dan selalu keluar dengan menaiki kenderaan piring terbang yang dikenali umum sebagai UFO dan sentiasa berurusan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Akhir-akhir ini, pernah juga kelihatan piring-piring terbang UFO ini muncul di bandar Vatican (pusat Katolik dunia), Rome, Italy.
Berapa lama ia akan hidup setelah kemunculannya
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
Maksud sabda Rasulullah S.a. w, ini ialah supaya kita mengira jam yg berlalu pada hari itu. Bukan mengikut perjalanan matahari seperti biasanya kita lakukan. Misalnya sudah berlalu tujuh jam selepas sembahyang Subuh pada hari itu maka masuklah waktu sembahyang Zohor, maka hendaklah kita sembahyang Zohor, dan apabila ia telah berlalu selepas sembahyang Zohor itu tiga jam setengah misalnya, maka masuklah waktu Asar, maka wajib kita sembahyang Asar. Begitulah seterusnya waktu Sembahyang Maghrib, Isyak dan Subuh seterusnya hingga habis hari yg panjang itu sama panjangnya dgn masa satu tahun dan bilangan sembahyang pun pada sehari itu sebanyak bilangan sembahyang setahun yg kita lakukan. Begitu juga pada hari Kedua dan ketiga.
Fitnah Dajjal
Dajjal telah diberi peluang oleh Allah swt utk menguji umat ini. Oleh kerana itu, Allah memberikan kepadanya beberapa kemampuan yg luar biasa. Di antara kemampuan Dajjal ialah:
1. Segala kesenangan hidup akan ada bersama dengannya. Benda-benda beku akan mematuhinya – Sebelum kedatangan Dajjal, dunia Islam akan diuji dahulu oleh Allah dgn kemarau panjang selama 3 tahun berturut-turut. Pada tahun pertama hujan akan kurang sepertiga dari biasa dan pada tahun kedua akan kurang 2/3 dari biasa dan tahun ketiga hujan tidak akan turun langsung. Umat akan dilanda kebuluran dan kekeringan. Di saat itu Dajjal akan muncul membawa ujian. Maka daerah mana yg percaya Dajjal itu Tuhan, ia akan berkata pada awan: Hujanlah kamu di daerah ini! Lalu hujan pun turunlah dan bumi menjadi subur. Begitu juga ekonomi, perdagangan akan menjadi makmur dan stabil pada org yg bersekutu dgn Dajjal. Manakala penduduk yg tidak mahu bersukutu dgn Dajjal, mereka akan tetap berada dlm kebuluran dan kesusahan.
Dan ada diriwayatkan penyokong Dajjal akan memiliki segunung roti (makanan) sedangkan org yg tidak percaya dengannya berada dalam kelaparan dan kebuluran. Dalam hal ini, para sahabat Rasullullah s.a.w. bertanya:”Jadi apa yg dimakan oleh org Islam yg beriman pada hari itu wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Mereka akan merasa kenyang dengan bertahlil, bertakbir, bertasbih dan bertaubat. Jadi zikir-zikir itu yang akan menggantikan makanan.” HR Ibnu Majjah
2. Ada bersamanya seumpamanya Syurga dan Neraka – Di antara ujian Dajjal ialah kelihatan bersama dengannya seumpama syurga dan neraka dan juga sungai air dan sungai api. Dajjal akan menggunakan kedua-duanya ini untuk menguji iman org Islam kerana hakikat yg benar adalah sebalik dari apa yg kelihatan. Apa yg dikatakan Syurga itu sebenarnya Neraka dan apa yg dikatakannya Neraka itu adalah Syurga.
Secara analoginya kita lihat sekarang, syurga dunia seperti maksiat dan hiburan tanpa batasan adalah ibarat syurga. Dan mereka yang terpengaruh dengannya akan berseronok dan puas dengan hiburan-hiburan tersebut seperti hidup di dalam syurga. Juga keluarnya bermacam alat – alat canggih seperti komputer, handphone, mp3 player, video player dan camam2 lagi. Menunjukkan semua ini ibarat syurga dunia, yang sebenarnya adalah jalan ke neraka jika kita terlampau leka dan terpesona dengannya.
Dan kehidupan yang tidak bermewah, tidak berhibur dan berseronok adalah ibarat berada dalam neraka dunia sekarang. Sehinggakan mereka yang sudah biasa berseronok akan merasa boring dan tidak puas hati jika tidak dapat berhibur, berseronok dan menikmati kemewahan duniawi. Sedangkan kehidupan yang seperti neraka dunia itu lah yang boleh membuka jalan ke syurga iaitu kehidupan yang serba sederhana, qana’ah dan zuhud dengan dunia.
3. Kepantasan perjalanan dan Negeri-Negeri yang tidak dapat dimasukinya – Kepantasan yg dimaksudkan ini tidak ada pada kenderaan orang dahulu. Kalau hari ini maka bolehlah kita mengatakan kepantasan itu seperti kepantasan jet-jet tempur yg digunakan oleh tentera udara atau lebih pantas lagi daripada kenderaan tersebut sehinggakan beribu-ribu kilometer dapat ditempuh dalam satu jam”… Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana kepantasan perjalanannya di atas muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti kepantasan “Al Ghaist” (hujan atau awan) yang dipukul oleh angin yang kencang.” HR Muslim
Dan ada lagi kenderaan yang lebih pantas dari jet, yang dapat bergerak sepantas cahaya iaitu piring terbang. Mengikut gambar-gambar yang dapat dirakam oleh NASA dan bukti-bukti dari banyak pihak, memang mereka dapat bergerak selaju cahaya dan menghilang dengan sekelip mata.
Namun demikian, Dajjal tetap tidak dapat memasuki dua Bandar suci umat Islam iaitu Makkah Al Mukarramah dan Madinah Al Munawwarah.
4. Bantuan Syaitan-Syaitan untuk memperkukuhkan kedudukannya – Syaitan juga akan bertungkus-lumus membantu Dajjal. Bagi syaitan, inilah masa yg terbaik utk menyesatkan lebih ramai lagi anak cucu Adam a.s.
Syaitan-syaitan dari jin dan juga manusia akan berusaha membantunya, kerana mereka ingin mewujudkan satu pemerintahan di muka bumi ini. Iaitu pemerintahan sebuah kerajaan yang akan diperintah oleh Lucifer (IBLIS). Dan gerakan yang mewakili syaitan-syaitan dari kalangan manusia ini dikenali sebagai gerakan Illuminati yang pecahan-pecahannya terdiri dari banyak kumpulan seperti Skull and Bones, Freemasons, Bohemian Grove, The Bilderberg Group, The Trilateral Commission, The Council on Foreign Relations dan beberapa lagi pertubuhan-pertubuhan rahsia.
Dajjal Akan Muncul dari Khurasan, Iran
Di akhir zaman Dajjal akan muncul dari Khurasan di Iran (tempat asal Dajjal). Ketika baru keluar/terlepas dari belenggunya tinggi Dajjal hanyalah sepuluh dzira’. Pada mulanya tingkah laku Dajjal layaknya tingkah laku orang-orang saleh, iaitu menyeru kepada kebajikan, hingga kerana itu banyak orang yang terkagum-kagum kepada akhlaknya.
Tapi lama kelamaan Dajjal pun mengaku sebagai Nabi. Maka mendengar pengakuan itu orang-orang yang beriman kepada Allah pun berpaling darinya, sebab kaum yg beriman mengetahui benar bahawa sesudah Nabi Muhammad saw tak akan pernah lagi Allah mengutus seorang nabi baru.


Akhirnya, ketika perjalanan Dajjal sampai ke Khillah, iaitu sebuah jalan yg terletak antara Iraq dan Syam, dia pun menggembar-gemburkan kiri kanan menyatakan bahawa dirinya adalah tuhan yang dapat menghidupkan dan mematikan, ditambah lagi dengan menunjukkan kemampuannya mengadakan kejadian-kejadian yang menyalahi keadaan normal. Sejak itu orang-orang mu’min semakin menjauh darinya dan menolak mengakui Dajjal sebagai tuhan.
“wa man qaala fid dun-ya yaraahu bi ‘ainihi fa dzaalika zindiiqun thaghaa wa tamarrada”. Siapapun yg mengaku di dunia ini telah melihat Tuhan dgn matanya, maka dia telah menjadi zindiq, keluar batas, dan jatuh ke dalam kesesatan.
(Mundzir Nadzir: Fafirruu ila Allah: hal.29 s/d hal 30). Maktabah Muhammad bin Ahmad bin Nabhaan wa Aulaaduhu. Surabaya, Indonesia. 1956 M / 1375 H.
Tempat bermulanya fitnah Dajjal
Agaknya menarik perhatian sekali bahawa menurut Hadits Tamim Dari, Dajjal tinggal di sebuah pulau yang letaknya di sebelah Barat Syria, sedang tempat munculnya dikatakan oleh Hadits lain, berada di Timur. Lengkapnya, Hadits itu maksudnya:
“Tidak! Ia (Dajjal) akan muncul disebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sebelah Timur; tidak, ia akan muncul di sabelah Timur” (Kanzul-’Ummal jilid VII, halaman 2988).
Dan ada satu hadith lain yang bermaksud;
“Nabi Muhammad SAW menunjuk hampir dua puluh kali ke arah Timur” (Kanzul-’Ummal, jilid VIl, halaman 2991 ).
Dalam sebuah Hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim mengatakan: “Tidak ! Ia akan muncul di Timur” diikuti dengan kalimat: “Beliau menunjuk dengan tangannya ke arah Timur”. Jadi jika di suatu Hadits dikatakan bahawa tempat tinggal Dajjal ialah sebuah pulau di Barat, tetapi di lain Hadits diterangkan bahawa tempat munculnya Dajjal, atau lebih tepat lagi, tempat munculnya fitnah Dajjal ialah di Timur.
Ini menunjukkan bahawa Dajjal akan membahayakan bangsa-bangsa di Timur. Adapun kenyataan yang tak dapat dibantah lagi, bahawa fitnahnya Dajjal tak akan menimpa bangsanya sendiri, bahkan mereka akan memperolehi keuntungan dari hasil porak-peranda di Timur. Jadi yang dimaksud munculnya Dajjal di Timur ialah merajalelanya fitnah Dajjal di negara-negara Timur dengan jalan memperbudakkan penduduknya, baik secara jasmani mahupun rohani, lahiriyah mahupun batiniyah.
Menurut apa yang diterangkan dalam Hadits, terang sekali bahawa pada zaman Nabi, Dajjal itu sudah ada, akan tetapi pada waktu itu tangan dan kakinya dirantai. Inilah gambaran yang sebenarnya bagi bangsa-bangsa Eropah pada waktu itu. Mereka mengurung diri dalam tanah air mereka sendiri, lalu pada suatu ketika, mereka mengalir ke seluruh dunia untuk menakluki dan menjajah negara-negara lain, sehingga mereka benar-benar menguasai, atau setidak-tidaknya memaksakan pengaruhnya terhadap negara-negara itu, sehingga gerak-geri negara-negara itu dipimpin dan diawasi oleh bangsa-bangsa Eropa.
Itulah sebabnya mengapa di dalam Hadits diterangkan bahawa Dajjal mengaku Tuhan, kerana segala sesuatu di dunia dikerjakan menurut perintah Dajjal, seakan-akan dialah yang menguasai dan menentukan nasib bangsa-bangsa lain. Inilah apa pula yang dimaksud oleh Hadits lain yang menerangkan bahawa Dajjal ialah yang menentukan hidup-matinya orang-orang. Dengan perkataan lain, Dajjal akan meninggikan dan merendahkan darjat bangsa-bangsa lain menurut apa yang dianggap sesuai dengan tujuannya.
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).
Kata-kata seperti itu, terdapat pula dalam kitab Hadits yang lain. Misalnya, dalam sebuah Hadits, Nabi SAW diriwayatkan bersabda sbb : “Wahai manusia ! Semenjak Allah menciptakan bani Adam, tak ada fitnah di muka bumi yang lebih besar dari pada fitnahnya Dajjal” (Kanzul-’Ummal, jilid VII, halaman 2028).
Hadits-hadits tersebut membuktikan bahawa fitnahnya Dajjal itu tiada lain ialah merejalelanya Imperialis Eropah (Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya) sekarang ini dan menangnya agama Nasrani. Kenyataan menunjukkan bahawa sejarah ummat manusia tak dapat mempertunjukkan fitnah lain yang besarnya seperti itu.
Memang dalam sejarah pernah terjadi suatu bangsa menundukkan bangsa lain dan menguasai aspek kehidupan mereka, tetapi contoh tentang penjajahan yang menyeluruh seperti yang kita saksikan sekarang ini berupa merajalelanya imperialis dan kebudayaan Eropah di seluruh dunia, belum pernah terjadi. Daratan dan lautan semuanya dikuasai oleh imperialis Eropah.
Demikian pula kita tak dapat menemukan persamaannya tentang cara-cara kaum imperialis Barat memperhambakan bangsa-bangsa lain di dunia. Yang lebih istimewa lagi ialah bahawa mereka memiliki segala macam senjata yang dengan senjata itu, orang ramai dapat tersesat dari jalan benar dan jalan kesucian. Di sebelah sini, mereka menyesatkan orang ramai melalui sistem pendidikan, dan di sebelah sana, mereka mencapai tujuan mereka melalui penyiaran agama; kadang-kadang untuk mencapai tujuan mereka, mereka melumpuhkan jiwa manusia dengan memberikan kepada mereka kemewahan dan kesenangan jasmani; dan kadang-kadang diberikan kepada mereka hiburan-hiburan yang dapat melupakan rohani mereka sama sekali.
Sering pula ilmu pengetahuan mereka digunakan untuk menghancurkan rohani ummat manusia. Pendek kata, di seluruh sejarah manusia, fitnahnya Dajjal tak ada taranya, dan sabda Nabi SAW bahawa tak ada fitnah yang lebih besar daripada fitnahnya Dajjal, ini terpenuhi berupa merajalelanya kaum imperialis Eropah, yang bukan saja membahayakan aspek kehidupan jasmani, melainkan pula membahayakan aspek kehidupan moral dan rohani.
Berikut adalah khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.
“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Iraq. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.
“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.
Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.
“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.” di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.” Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”
Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak mengakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.
“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.
“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.