Saturday, May 29, 2010

member smkc b4 travel 2 kuala gula...






gambaq b4 kami berangkat ke kuala gula...maybe korang akan kata apa la ko ni gambaq cmni pon nk letak ka..bagi aku lantak r owg nk kata apa pon sbbnya ini blog aku yang punya..huhu..perjalanan ke kuala gula bagi aku memg sedikit meletihkan...nk kata kt kuala gula tu bosan tak jugak..nk kata seronok sgt tu pon boleh tahan..tapi apa yang penting kita ke sana dengan 1 tekad iaitu mencari ilmu sebnyk mgkin..ia bkn semata2 utk kita dpt jwb exam tp yg utamanya peroleh keredhaan Allah..apa guna ilmu byk tapi Allah xberkati..apa guna diri hebat tetapi akhlak tak ada..jadi aku harap kepada rakan2 seangkatan baik bekas sekelas di smkbbs mahupon di smkc kita perlu cari keberkatan..timba sebanyak mungkin supaya kita hidup dlm keadaan berilmu....^_^

Wednesday, May 26, 2010

GERAKAN ANTI-HADIS BAHAYAKAN UMAT ISLAM

Fahaman anti-Hadis atau Ingkarul Sunnah diasaskan oleh Profesor Dr Goldziher, kelahiran Yahudi Hungary pada tahun 1870 dan meninggal pada tahun 1921. Goldziher mendapat biasiswa Zionis International Jerman untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar pada tahun 1873. Dia diutus khas mendalami bidang Sunnah dan akhirnya dia mencetuskan ajaran mengingkari Sunnah dengan slogan 'Pembaharuan Islam'.....
.
Pada tahun 1876 sekembali dari Mesir, beliau memegang jawatan Setiausaha Zionis Antarabangsa cawangan Budapest. Kemudian selama 15 tahun dia mengajar di maktab Zionis Budapest untuk melahirkan graduan-graduan Zionis yang akan bertebaran di seluruh dunia mengembangkan ajaran mengingkari sunnah ini bertujuan melemahkan ajaran Islam dari dalam. Pengasas ajaran Ingkarus Sunnah ini meninggalkan hampir 200 judul karya khas dalam jurusan Mengingkari Sunnah dan melahirkan beratus ribuan graduan yang telah dirosakkan kefahaman mereka tentang Sunnah. Profesor Goldziher adalah salah satu agenda Zionis Antarabangsa.....
.
Kebanyakan cendekiawan islam yang menuntut di Eropah telah terpengaruh dengan ajaran Goldziher ini. Di antara murid-murid Goldziher termashyur dari Mesir ialah Dr Ali Hasan Abdul Kadir, Toha Hussin, Dr Ahmad Amin, Rasyad Khalifa, dan Dr Abu Rayyah.....
.
Gerakan Anti-Hadis telah dibawa ke USA oleh Dr Rasyad Khalifa (bangsa Arab keturunan Egypt), yang kemudiannya mendapat kerakyatan USA. Beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk: 'Islam: Masa Lampau, Kini dan Masa Depan' pada seminar Misionari Kristian dan Yahudi dari 8-17 Jun, 1983 di USA. Bermula pada tarikh inilah, Dr Rasyad telah menubuhkan secara rasminya gerakan `The Quranic Society' yang berpusat di Tucson dimana beliau mengajar di Universiti Tucson.....
.....
Dr Rasyad dengan angkuh telah menyebut: 'Hadis-hadis adalah ciptaan Iblis, mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis'. Keceluparan beliau telah menyebabkan dia dibunuh dengan penuh misteri sebaik sahaja Arab Saudi mengeluarkan fatwa sesatnya Dr Rasyad dan `Golongan al-Qurannya'.....
.
Berikut adalah sedutan Fatwa Syaikh Abd Aziz ben Bazz, Mufti Besar Saudi:
"Gerakan Ingkar Sunnah yang digerakkan oleh Rasyad Khalifa adalah batil dan merbahaya, iaitu mengadakan kegiatan Mengingkari Sunnah dengan cara memutar balikkan tafsir alQur'an secara batil. Maka saya atas nama Pemerintah Arab Saudi menyeru agar seluruh muslimin agar berhati-hati terhadap gerakan yang dicetuskan oleh Rasyad Khalifa dan jangan sampai terpengaruh dengan ajaran sesat tersebut." (Fatwa No 903, Syawal 1403 bersamaan Ogos 1983).....

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita

berjalan terhuyung-hayang. Pakaianya yang serba hitam

menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menagkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa

hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang

bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu,

tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak

hidupnya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman

rumah Nabi Musa a.s.



Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan uluk salam.Maka

terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu

berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai

tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar

Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.



"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya

takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!"

desak Nabi Musa.Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah

berzina. "Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu

meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun... lantas hamil. Setelah anak

itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... tewas," ucap wanita itu

seraya menangis sejadi-jadinya.Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka

berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, enyah kamu dari sini! Agar siksa

Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"... teriak

Nabi Musa sambil memalingkan mata karena jijik.




P erempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur

luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari

dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu

harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mau dibawa kemana

lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana

pula manusia lain bakal menerimanya?Terbayang olehnya betapa besar dosanya,

betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat

Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya.



Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian

wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa

ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih

besar daripada perempuan yang nista itu?"





" Ada !" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian

penasaran." Orang yang meninggalkan sholat dengan sengaja dan tanpa

menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali

berzina" . Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil

wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan

dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan

tersebut.





Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan

sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat

bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.

Berarti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan

seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan

memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertobat dan

menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh berarti masih mempunyai iman

di dadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan

kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mau menerima kedatangannya.

(Dirujuk daripada
buku 30 kisah teladan - KH Abdurrahman Arroisy



Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan sholat lebih

besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an,

membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah.



Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan sholat

sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa

dalam neraka selama satu huqub.Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu

tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakherat perbandingannya

adalah seribu tahun di dunia. Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita

pezina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi kita dan

timbul niat untuk melaksanakan kewajiban sholat dengan istiqomah.





Tolong sebarkan kepada saudara-saudara kita yang belum mengetahui.



Wassalamu'alaikum wbt..



Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang

menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan

mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang

beruntung. (QS. Ali Imran 104:105)



"Qul, Amantu bil-Lahi, tsumnas-taqim" Katakanlah! Aku

percaya kepada Allah dan kemudian pegang teguhlah pendirian

itu.

Saturday, May 15, 2010

Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah S.A.W!!

Buat Renungan Semua

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq).Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Muhasabah: Mimpi pelajar UIA berjumpa Nabi Muhammad S.A.W

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah s.a.w…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. ..

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud ‘kesayanganku’ , jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah
di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.

Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama’ yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu’ dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik,beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit
yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri..”

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun ‘forward message’ pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin
Allah. Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah. .indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh
kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, Assalamu’alaikum, ana Rasulullah.. ”

Subhanallah. .baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan “Enti fil masjidi” (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta’ ala;”InnaAllahama’ assobirin” (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar).
Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; “Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana..”

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya “Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!”. Ya Rasulullah.. . Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; “Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti..” Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; “Ummati.. ummati..ummati. ..” dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.

Beliau merintih, “Jangan pergi Ya Rasulullah.. ” tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua’lam. ..

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “Jangan pergi Ya Rasululah… ” Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. “Apa sangatlah sakit yg aku
tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w..”

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan “Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…” Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang
daripadanya mengatakan; “Assalamu’alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa’ ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali..” Subhanallah. .Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina ‘Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; “Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti..” Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud:

“Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.

Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ’sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.’ Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu..”

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah. .waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
“Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar..”

Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah. .dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. “Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan..”

Beliau berpesan pada kami; “Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…”

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya ‘Aisyah ra.
Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, “bukankah kami ini ikhwanmu?” Rasulullah menjawab, “Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku. .. Aku sangat rindu bertemu dengan mereka..”

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat- Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya, ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W…
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu’ alam..(*_ *)

Nota: Orang2 yang bijaksana itu mengambil i’tibar, justeru, ambillah pengajaran kisah ini.

JUDI HALAL JUDI HARAM, PERBUATAN SYAITAN

Assalamualaikum,artikel ini dipetik dari rakan2 saya berkenaan...so,harap u all dpt ambik pengajaran dari artikel ini..renung2 dan fikir2kan samaada kita di pihak benar atau sebaliknya...
==================================================================================

Dalam keghairahan rakyat Malaysia menyambut ketibaan kejohanan bolasepak Piala Dunia tidak lama lagi, rakyat, khususnya yang beragama Islam dikejutkan dengan satu ‘produk halal’ yang bakal muncul memeriahkan lagi temasya sukan empat tahun sekali itu. Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr. Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan (judi) dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa. “Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak,” ujarnya kepada pemberita di lobi Parlimen. Ramai yang terkejut dan beristighfar panjang dengan kenyataan ini, namun belum pun reda kejutan ini, dua hari lepas (12 Mei) akhbar berbahasa Cina, Sin Chew, melaporkan menteri kewangan secara rasminya telah memberi lesen judi itu kepada Kumpulan Berjaya. Sin Chew melaporkan pertaruhan secara sah itu boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini. Perjudian itu boleh dilakukan melalui lebih 2000 kedai pertaruhan Toto yang dimiliki kumpulan itu. Nah, inilah hadiah dari seorang pemimpin 1Malaysia kepada rakyat, khususnya kepada tauke judi dan kaki-kaki judi seluruh negara! Ternyata cogankata “pencapaian diutamakan” bukanlah suatu yang sia-sia di mana mungkin ‘judi halal’ ini adalah salah satu pencapaian terbesar yang bakal diraih Malaysia yang tidak pernah di lakukan oleh negara-negara umat Islam lainnya.

Bagi mereka yang sudah lama menyelami politik tanahair, judi halal yang diumumkan kerajaan ini, walaupun memeranjatkan tetapi bukanlah suatu yang baru. Di Malaysia, semua benda haram boleh jadi halal hanya dengan diberi sejenis pengiktirafan yang dipanggil lesen. ‘Judi berlesen’ telah lama dihalalkan di Malaysia. Siapa tidak tahu kasino Genting, kasino Bukit Tinggi, Magnum, Tanjung, Metroplex, Resort World Berjaya Group dan banyak lagi? Kesemua ini merupakan syarikat besar judi yang beroperasi secara ‘sah’ di Malaysia. Di samping musim orang gila bola ini, kini ada satu lagi kegilaan yang dibenarkan oleh kerajaan untuk digilai iaitu gila judi. Segalanya dah jadi gila! Sungguh dangkal dan menjijikkan alasan yang diberi oleh seorang menteri, membenarkan judi hanya kerana khuatir jika tidak dibenarkan, judi tidak dapat dibendung. Kemudian ditambah dengan alasan haram lainnya iaitu keuntungan darinya dapat digunakan untuk pembangunan sukan. Dengan alasan yang sama, agaknya Pak Menteri akan menghalalkan perzinaan dan pelacuran jika perzinaan dan pelacuran sudah tidak dapat dibendung. Pak Menteri juga mungkin akan menghalalkan arak dan dadah yang sememangnya sudah tidak dapat dibendung lagi selama ini. Begitu juga dengan mencuri, merompak, merempit, buang bayi, membunuh, murtad dan sebagainya, semua ini boleh dihalalkan jika khuatir sudah tidak dapat dibendung lagi! Alasan apakah ini!? Inilah pemikiran yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin sekular yang ada pada hari ini. Mereka adalah dari jenis makhluk yang tidak pernah memerhatikan hukum Allah dalam membuat keputusan. Kepala mereka dipenuhi najis pemikiran Kapitalis yang hanya tahu berfikir untuk mendapatkan keuntungan dari setiap perbuatan, tanpa mengambil kira aspek halal-haram.

Menghalalkan Yang Haram Kerana Maslahat Dan Hukumnya

Di dalam Islam, keharaman judi adalah qat’ie. Ia disebut dengan jelas oleh Allah di dalam Al-Quran melalui firmanNya,

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak dan judi dan (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib (dengan panah) adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu beroleh keuntungan” [TMQ al-Ma’idah (5):90].

Dari perkembangan terbaru ini, nampaknya Menteri Malaysia begitu berani melawan ayat-ayat Allah dengan menghalalkan apa yang Allah telah haramkan. Mereka betul-betul telah menjadikan syaitan sebagai kawan dan mendustakan ayat Allah dengan perbuatan terkutuk mereka ini. Firman Allah,

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung” [TMQ an-Nahl (16):116].

Apakah pemimpin Malaysia begitu bodoh hingga tidak memahami ayat-ayat Allah yang qat’ie? Atau mereka tidak peduli dengan semua itu kerana merasakan merekalah pembuat undang-undang yang lebih hebat dari Allah? Nampaknya pemikiran bathil ini telah menyatu dan mendarah daging di dalam diri mereka sehingga mereka sanggup mengeluarkan hukum yang bertentangan dengan Al-Quran. Mereka telah menjadikan akal dan hawa nafsu mereka sebagai ‘penimbang’ untuk menilai mana yang manfaat dan mana yang mudarat, lalu mengeluarkan hukum mengikut manfaat yang mereka fikirkan. Inilah cara berfikir mereka, apabila manfaat suatu perbuatan jauh lebih besar dari mudaratnya, maka perbuatan itu mesti dikerjakan. Dan jika mudaratnya lebih besar dari manfaatnya, maka menurut akal mereka, perbuatan itu mesti ditinggalkan. Inilah apa yang mereka lakukan dan kita sedang menyaksikannya. Walaupun begitu jelas bahawa maslahat yang mereka fikirkan itu berlawanan dengan hukum syarak, namun hukum syarak mereka tinggalkan dan ‘hukum maslahat’ mereka ambil sebagai ganti. Mereka sesungguhnya telah memposisikan diri mereka sebagai Musyarri’ (Pembuat Hukum) kerana telah menghalalkan yang haram mengikut sesuka mereka berdasarkan akal dan hawa nafsu mereka. Sedangkan satu-satunya Musyarri’ (Pembuat Hukum) adalah Allah Azza Wa Jalla. Oh! Alangkah beraninya mereka!

Antara aspek terpenting ajaran Islam adalah yang berkaitan dengan aktiviti penguasa (yang sedang memerintah). Ini tidak terbatas kepada kita yang berada di Malaysia sahaja, bahkan juga kepada seluruh negara kaum Muslimin lainnya. Firman Allah Azza Wa Jalla,

“Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir” [TMQ al-Ma’idah (5):44].

Sesungguhnya kata “yahkum” (berhukum) dalam ayat ini, sepertimana juga dalam surah yang sama ayat 45 dan 47, mencakup siapa sahaja yang memiliki autoriti dan kekuasaan untuk memutuskan suatu hukum (undang-undang) serta menerapkannya, baik sebagai ketua negara atau menteri-menterinya atau orang-orang yang diberi kuasa oleh mereka (untuk membuat hukum). Setiap orang yang memiliki autoriti untuk menerap dan memutuskan hukum, maka mereka termasuk dalam pengertian “yahkum” dalam ayat tersebut atau ayat-ayat lainnya. Oleh itu, siapa sahaja yang menerap dan memutuskan suatu urusan dengan cara yang tidak diizinkan oleh Allah, maka dia secara nyatanya telah berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah, baik kerana dia sengaja atau kerana kejahilan sekalipun. Juga, tidak kiralah apa alasan sekalipun yang diberikannya, atau dengan tiada apa-apa alasan sekalipun, pokoknya dia telah berhukum dengan hukum selain yang Allah turunkan. Apabila orang yang berhukum dengan selain dari apa yang Allah turunkan melakukannya dengan rasa puas, redha dan tanpa rasa bersalah serta membenarkan apa yang dilakukannya, maka dia telah jelas kafir dan telah keluar dari Islam, berdasarkan ayat ini.

Sebagai contoh, keharaman riba jelas qat’ie, sebab sumber dan maknanya adalah qat’ie sehingga tidak ada penafsiran lain lagi. Bila ada seorang penguasa yang membuat undang-undang yang membolehkan riba, maka dia sesungguhnya telah mengambil selain syariat Allah serta menerapkan hukum selain dari yang diturunkan oleh Allah dan menghalalkan apa yang jelas telah diharamkan oleh Allah. Bila dia mengakui bahawa dialah yang telah membuat undang-undang itu serta menerapkannya, malah mewujudkan organisasi, lembaga atau badan untuk mempertahankan keharaman tersebut, maka dia jelas-jelas telah berhukum dengan selain hukum Allah bahkan mengukuhkan lagi kekufuran. Masalah ini bukanlah masalah ijtihadi, akan tetapi masalah yang secara langsung diambil dari ayat Allah,

“barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang Allah turunkan, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

Tidak ada penafsiran lain lagi bagi ayat ini kecuali teramat jelas bahawa siapa yang berhukum dengan selain dari apa Allah turunkan, dengan puas, redha, mempertahankan dan tidak merasa bersalah dengannya, maka dia adalah termasuk orang-orang yang kafir!

Fakta yang sama status hukumnya dengan penghalalan riba adalah penghalalan judi, arak, zina, murtad dan seumpamanya. Dalam hal ini memang terdapat perbezaan antara orang yang melakukan riba atau judi tetapi dia meyakini bahawa riba atau judi itu haram, dengan, orang yang melakukan riba atau judi, namun dia meyakini bahawa riba atau judi itu halal. Orang yang pertama hanya dinilai sebagai melakukan maksiat, tetapi orang yang kedua dikategorikan sebagai kafir. Sebab orang yang pertama masih mengakui hukum syarak meskipun amalannya menyeleweng, sehingga dia dihukum sebagai pelaku maksiat. Sedangkan orang yang kedua, kerana dia telah mengengkari hukum syarak yang qat’ie yang termasuk dalam kategori ma’lum minaddin bi dharurah (hal agama yang jelas hukumnya), maka dia telah menjadi kafir! Bagi mana-mana penguasa yang masih benar i’tiqad (keyakinannya) terhadap hukum syarak namun dalam masa yang sama mengamalkan hukum kufur, mereka mungkin terhindar dari kekafiran, tetapi mereka sama sekali tidak terlepas dari kezaliman dan kefasikan kerana berhukum dengan selain dari yang Allah turunkan.

Seorang Muslim yang sejati, baik penguasa mahupun rakyat, tidak akan mungkin meninggalkan syariat Allah atau redha dengan hukum kufur yang diterapkan. Jika dia merasa puas dan redha dengannya, maka dia bukanlah lagi muslim yang sejati. Firman Allah,

“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu (Muhammad) hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan” [TMQ an-Nisa’ (4):65].

Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Berapa banyak dari perkara yang kalian anggap remeh, namun sebenarnya merupakan masalah yang besar yang menyentuh persoalan akidah/keimanan kalian kepada Allah SWT. Berapa banyak persoalan yang boleh mengeluarkan seseorang Muslim dari keIslamannya, namun dia tidak mengetahui bahawa dirinya sudah keluar dari Islam! Dalam hal ini Allah SWT mengingatkan kita dalam kitabNya,

“Mereka telah menjadikan orang-orang alimnya, dan rahib-rahib mereka sebagai Tuhan selain Allah, dan begitu pula dengan Al-Masih (Isa) bin Maryam (telah dituhankan pula), padahal mereka tidak diperintahkan kecuali hanya menyembah Tuhan yang Esa, tiada Tuhan melainkan Dia, Maha suci Dia dari apa-apa yang mereka sekutukan” [TMQ at-Taubah (9):31].

Ketika Rasulullah ditanya bagaimana mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadikan rahib dan pendita mereka sebagai Tuhan, baginda menjawab

“Mereka menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah dan mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah, lalu mereka mentaatinya”.

Inilah yang dimaksudkan dengan menyembah. Lihatlah apa yang berlaku hari ini di mana terdapat di kalangan penguasa kita yang jelas-jelas telah mengambil sikap seumpama rahib dan pendita Yahudi dan Nasrani yang dibenci dan dimurkai Allah. Penguasa umat Islam hari ini telah dengan jelas menghalalkan apa yang Allah haramkan! Mereka begitu berani membuat hukum tersebut tanpa sedikitpun merasa bersalah dengannya! Apakah kalian masih tetap mahu mentaati mereka dan membiarkan orang-orang seperti ini memimpin kalian? Sekiranya kalian mentaati mereka, maka sesungguhnya kalian telah menjadikan mereka Tuhan-Tuhan selain Allah. Dan sesungguhnya ini adalah suatu perbuatan yang jelas-jelas mensyirikkan Allah! Na’uzubillah min zalik. Kita diharamkan untuk mentaati penguasa sebegini, sebaliknya wajib meluruskan mereka. Rasulullah SAW bersabda,

“Barangsiapa di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu (dengan hati) adalah selemah-lemahnya iman.” [HR Muslim].

Dalam riwayat lain disebut,

“dan di luar itu, sudah tidak ada lagi sebutir keimanan pun”.

Sedarlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Sesungguhnya para penguasa itulah yang merupakan punca kepada segala kemungkaran yang ada pada hari ini. Sistem mereka adalah mungkar, undang-undang mereka adalah mungkar, tingkah laku mereka juga penuh kemungkaran. Jika kalian lemah sekalipun untuk menegur dengan tangan atau lisan, kalian sekali-kali tidak boleh lemah untuk menegur dengan hati. Sesiapa sahaja yang tidak membenci tindakan penguasa seperti itu, maka sesungguhnya dia telah berdosa sebagaimana penguasa tersebut. Sabda Rasulullah SAW,

“Akan ada para amir (penguasa), maka kalian (ada yang) mengakui perbuatan mereka, dan (ada yang) mengengkari perbuatan mereka. Siapa sahaja yang mengakui tindakan mereka (kerana tidak bertentangan dengan syara’), maka dia tidak diminta pertanggungjawabannya, dan siapa saja yang mengengkari perbuatan mereka (kerana bertentangan dengan syara’) maka dia selamat. Tetapi siapa saja yang redha (dengan tindakan mereka yang bertentangan dengan syara’) serta mengikuti mereka, maka dia berdosa...” [HR Muslim].

Kita hendaklah mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh penguasa sedaya upaya kita kerana Rasulullah SAW bersabda,

“Bila aku memerintahkan dengan suatu perintah, maka tunaikanlah perintah itu sekuasa-kuasa kalian” [HR Mutafaq Alaih].

Kita hendaklah melakukan amar makruf nahi mungkar jika kita tidak mahu azab Allah turut terkena ke atas kita kerana kemalasan atau kelalaian kita. Sabda Nabi SAW,

“Allah tidak menghukum suatu bangsa kerana kesalahan beberapa orang di antara mereka, sampai mereka melihat kemungkaran (dilakukan) di antara mereka, sedangkan mereka mampu menghentikannya, tetapi mereka tidak menghentikannya. Apabila mereka berbuat seperti itu (tidak menghentikan kemungkaran), maka Allah akan mengazab (orang yang melakukan kemungkaran) secara khusus dan (bangsa itu) secara keseluruhan” [HR Ahmad].

Justeru, cegahlah kemungkaran penguasa ini dengan apa cara sekalipun yang dibenarkan syarak, baik dengan perbuatan, lisan mahupun penulisan agar kita semua terhindar dari dosa dan azab.

Khatimah

Bangkitlah wahai kaum Muslimin rahimakumullah! Bersihkanlah diri dan masyarakat kita dari segala keburukan dan kemungkaran. Buanglah punca kemungkaran tersebut, nescaya kalian dan umat Islam keseluruhannya akan menjadi bersih dan mulia. Yakinlah bahawa kemungkaran yang melingkungi kita semua pada hari ini tidak akan dapat diubah kecuali dengan menghancurkan sistem kufur dan akar-akar kekufuran yang telah lama bertapak di negara kita dan negara kaum Muslimin lainnya. Kita tidak mahu berada di bawah pemimpin yang melakukan perbuatan syaitan. Selagi masih ada sisa-sisa usia yang Allah kurniakan kepada kita ini, marilah kita sama-sama berusaha untuk menegakkan Khilafah Rasyidah Ala Minhaj Nubuwwah, sebuah Daulah Islam yang akan menerapkan Kitabullah dan Sunnah RasulNya, yang dengannya segala kemungkaran dapat dijungkirbalikkan dan digantikan dengan kebaikan dan kemuliaan. Sesungguhnya pemerintahan ini wajib berada di tangan seorang Khalifah yang beriman dan bertakwa yang akan menerapkan hukum menurut apa yang Allah turunkan. Dan Khalifah ini tidak akan terwujud kecuali kita semua berusaha mewujudkannya dengan jalan yang telah ditempuh oleh para sahabat yang kita kasihi.

Awas Dengan Website Sesat Dari Fikrah Islam

Salam sejahtera kepada anda semua, saya doakan anda semua berada dalam keadaan sihat dan diberikan nikamat kesihatan untuk melaksanakan segala amanah Allah. Sehari yang lepas (13 Mei 2010) saya diminta oleh seorang sahabat yang dikenali sebagai kulaan untuk memantau dan meneliti sebuah laman blog (Kebenaran Asalama) yang diragui akan penulisan artikelnya yang berkaitan dengan Islam. Apabila saya ziarah blog tersebut memang mendapati tulisannya memang berbeza seperti perkataan Allah, Muhammad dan sebagainya. Mulanya saya tidak perasan lagi penyelewengan artikel blog tersebut. Tetapi apabila saya baca artikelnya yang bertajuk “Melayu Pewaris Nabi” saya sangat terkejut dan tulisannya sangat menyimpang jauh dari perbahasan Islam. Jika anda semua ingin melihat sendiri blog tersebut, sila klik di sini.

Saya datangkan beberapa perbahasan dan dakwaan beliau kononnya bangsa melayu mempunyai persamaan dengan Nabi. Di antara penulisannya ialah :

“Kebanyakan bangsa Melayu mengikuti sesuatu agama yg ingin di terapkan kpd mereka. Apabila Malaysia merdeka, bangsa ini masih dijajah dan penjajahan ini adalah dlm bentuk agama. Perhatikan bangsa2 lain di dunia, apabila negara mereka di beri kemerdekaan, rakyatnya diberi kebebasan memilih agama yg ingin di anuti. Ini juga terdpt di dlm firman tuhan di dlm al quran iaitu tiada paksaan di dlm beragama. Perkara ini tidak terjadi kpd bangsa Melayu dan apakah muslihat di sebalik semua ini? Mengapakah bangsa Melayu merupakan satu2nya bangsa di dunia yg dijajah menggunakan agama? Adakah bangsa Melayu ini asalnya menganut agama hindu atau bangsa ini merupakan bangsa yg paling di geruni kebangkitannya sehingga terpaksa di jajah menggunakan agama? Musuh2 tuhan memang mengetahui ttg kehebatan bangsa Melayu dan satu2nya cara untuk mereka dpt menakluki dunia ialah dgn memastikan bangsa Melayu tidak kembali kpd agama nenek moyang mereka.”

Jawapan saya

Petikan di atas ini saya ambil dari muqadimah artikelnya. Pembetulan dari ayat Al-Quran yang digunakan beliau iaitu “tiada paksaan dalam agama”. Ayat ini dituju khas kepada orang non muslim untuk memilih dan menentukan agamanya, Islam juga tidak memaksa orang non muslim memeluk Islam. Hal ini berbeza dengan orang Islam yang ingin keluar dari agama Islam. Hukuman yang sangat berat bagi umat Islam yang murtad (keluar dari Islam) iaitu akan dikenakan hukuman Hudud. Kesimpulan dari ayat tersebut bahawa Islam tidak memaksa non muslim memeluk Islam dan umat Islam berkewajipan menyampaikan dakwah kepada non muslim.

Penjajah Inggeris datang ke Tanah Melayu adalah bertujuan untuk menyebarkan agama mereka iaitu kristian. Tujuan mereka menjajah negara-negara umat Islam adalah untuk mematahkan pengaruh Islam di Tanah Melayu yang ketika itu sangat terkenal seperti Melaka, Aceh dan Tanah Jawa. Orang Barat menjajah Melayu bukan sebab kehebatan orang melayu, kalau betullah orang melayu hebat, sudah lama penjajah kalah dalam peperangan menakluki Tanah Melayu dahulu.

Katanya lagi tentang masalah tulisan jawi di dalam artikelnya iaitu :

“Hanya bangsa Melayu menggunakan tulisan huruf2 arabaya. Semua kitab2 yg diturunkan tuhan kpd nabi2 menggunakan satu bahasa sahaja iaitu bahasa arabaya. Bangsa Melayu di zaman dahulu merupakan bangsa yg mahir dgn kitab2 yg di turunkan tuhan dan mereka merupakan tenaga pengajar bagi penganut agama nabi Ibrahim. Perkara ini jelas terbukti dgn kebanyakan negara2 luar dtg untuk mempelajari agama dari bangsa Melayu. Tulisan jawi ini diwariskan kpd org2 Melayu melalui hijrah Raja Iskandar ke Timur dan bangsa Melayu di zaman dahulu yg mempunyai segala kelebihan berbanding bangsa lain di dunia.”

Jawapan saya

Sebagai pembetulan kepada penulisannya mengenai bahasa yang diturunkan oleh Allah kepada rasul-rasulnya dengan menggunakan bahasa arab. Jawapannya Allah itu Maha mengetahui dari segala yang bahru (makhluk) dan Allah juga sangat mengetahui segala bahasa yang ada di dunia ini. Allah sangat sukakan bahasa arab kerana Rasulullah di turunkan kepada bangsa arab. Bahasa dalam syurga Allah juga bahasa arab. Sebenarnya kitab-kitab yang diturunkan Allah kepada rasulnya mengikut bangsa rasul tersebut. Contohnya seperti Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa dalam bahasa Ibrani. Nabi Musa adalah dari keturunan Israel (Yahudi) dan bahasa mereka adalah bahasa Ibrani. Kitab Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad dalam bahasa Arab kerana bangsanya adalah bangsa arab. Kalaulah semua kitab diturunkan dalam bahasa Arab sudah tentu pengikut-pengikut Nabi Musa, Nabi Isa dan Rasul-rasul yang lain tidak faham dan payah untuk menerima dakwah mereka.

Petikan dari tulisannya lagi :

“Adakah Islam membawa tulisan jawi kpd bangsa Melayu sedangkan mereka sendiri membariskan al quran dan meletakkan tanda dgn alasan al quran tidak boleh dibaca tanpa baris dan tanda. Ini merupakan satu pembohongan yg jelas kerana mana2 bahasa di dunia, huruf2 lah yg membentuk perkataan dan bukan tanda. Cuba eja perkataan Islam di dlm jawi, tentu ianya di eja Alif Ya Sin Lam Mim bukan? Ini bermakna bangsa Melayu di zaman dahulu menganut agama nabi Ibrahim iaitu Asalama kerana ianya di eja Alif Sin Lam Mim.”

Jawapan saya

Penulisannya di atas ini mengenai huruf-huruf tulisan jawi. Penulisan jawi ini di bawa oleh ulamak-ulamak arab yang datang berhijrah ke Tanah Melayu. Ini bertujuan untuk memudahkan lagi proses dakwah dan pembelajaran Al-Quran. Saya tidak tahu tulisan yang digunakan di Tanah Melayu sebelum masuknya Islam. Orang melayu dahulu tidak pandai menulis, tidak pandai membaca dan bangsa yang sangat ketinggalan jauh dari bangsa lain, sebab itulah Melayu dijajah dahulu. Apabila Islam masuk di Tanah Melayu barulah dikenali dengan tulisan jawi dan baru terwujudnya pengajian-pengajian pondok dan sebagainya. Semua ini hasil pengajian orang melayu di Negara Arab dan belajar kepada bangsa arab yang berhijrah ke Tanah Melayu. Rasa saya tulisan jawi lama ditentukan bunyinya dengan baris, tetapi barisnya tidak dizahirkan seperti contoh بوم (bumi) atau بولو روم (bulu roma) dan banyak lagi. Tulisan jawi baru yang diguna pakai sekarang ini barulah mengikut perkataannya atau mengikut ejaan rumi. Jelas di sini bahawa tulisan jawi juga diambil dari kaedah bahasa arab.

Petikan dari artikelnya lagi :

“Musuh2 tuhan memang mengetahui hakikat ini, maka mereka berusaha menghapuskan penggunaan tulisan jawi di kalangan bangsa Melayu kerana di khuatiri penipuan ini di kesan.”

Jawapan saya

Pandangan saya yang menjadi musuh Allah itu adalah penulis blog tersebut yang berani mengatakan bahawa dirinya dari bangsa melayu berketurunan Nabi dan dia sebenarnya tidak sedar dirinya itu adalah orang yang munafik iaitu orang yang menyesatkan umat Islam yang lain. Setahu saya, anak cucu Nabi Muhammad saw mempunyai nama Syed, habib atau syarifah di hadapan nama mereka. Memang ada orang Melayu yang mempunyai nama-nama seperti syad, habib dan syarifah, kerana keturunan mereka telah bercampur dari darah Arab yang datang berhijrah ke Tanah Melayu dan berkahwin dengan orang tempatan. Tulisannya yang mendakwa dirinya dari bangsa melayu keturunan Nabi ialah :

“Hamba sebagai seorang Melayu dari keturunan nabi2 akan membangkitkan semula bangsa hamba dengan izin Tuhan yg maha kuasa. Ungkapan Takkan Melayu Hilang Di Dunia adalah ungkapan keramat bagi bangsa hamba. Walau berbagai cara di lakukan bagi menghapuskan bangsa hamba namun janji tuhan untuk membangkitkan semula agama yg diredhainya melalui bangsa hamba pasti tercapai. Bangsa yg hamba sayangi ini akan melaungkan semula kalimat kebesaran tuhan dan sekali lagi menakluki dunia. Berkat nabi2 dan para rasul yg diutus bagi meninggikan agama tuhan, taida yg mustahil di lakukan. Orang2 di dlm bangsa hamba yg memperkecilkan kebolehan bangsa hamba, mengkhianati nenek moyangnya sendiri.”

Kesimpulan

Sebagai pelayar internet untuk mencari bahan-bahan agama, mestilah anda mengetahui dahulu asal usul penulis tersebut dan mesti mengetahui bidang pengajian penulis tersebut. Ini penting untuk memastikan bahawa setiap artikel yang disiarkan tidak sesat dan bertepatan dengan kehendak agama. Saya kuatir kepada orang yang gemar mencari bahan-bahan ilmu Islam di internet tanpa mempelajari di kelas-kelas kuliah di masjid atau tempat lain, kerana orang seperti ini kurang pengetahuannya dan asasnya tidak mencukupi untuk menafikan perkara yang batil atau sesat. Setiap perkara yang diterima tanpa asas yang kukuh dari dalil-dalil aqli dan naqli atau bukan dari hujah-hujah ulamak yang muktabar, wajib ditelitikan dahulu artikel tersebut, supaya anda tidak tersesat dan tertipu dengan artikel tersebut. Tindakan yang paling baik, setiap artikel yang diragukan wajiblah merujuk kepada orang yang lebih arif atau lebih mengetahui seperti ustaz dan ustazah atau tokoh-tokoh agama yang dikenali anda semua.

Selepas anda membaca artikel saya ini sebarkanlah kepada semua orang sama ada rakan-rakan anda, keluarga anda, jiran-jiran anda dan semua untuk mengelakkan mereka terpedaya dengan dakyah-dakyah orang yang sentiasa ingin menyesatkan umat Islam jauh dari pangkal jalan. Saya izinkan anda semua untuk copy artikel ini dan diletakkan di blog, website dan laman-laman sesawang untuk disebarkan kepada orang ramai. Tetapi permohonan saya masukkan link rujukkan asalnya sebagai tanda penghargaan dan amanah anda terhadap tuan artikel tersebut. Sebenarnya banyak lagi laman-laman website yang jauh menyimpang dari ajaran Islam yang terdapat dalam dunia internet ini.
link lmn web tersebut http://1asalama.blogspot.com/2010/05/bangsa-melayu-pewaris-nabi-nabi.html

Artikel ini di copy dari http://ustaznoramin.blogspot.com/2010/05/awas-dengan-website-sesat-dari-fikrah.html

Wednesday, May 12, 2010

PERSELISIHAN & GEMPA BUMI: TANDA-TANDA KIAMAT DAN KEHADIRAN IMAM MAHDI

Saudaraku, dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad SAW menyatakan terdapat dua fenomena menjelang diutusnya Imam Mahdi ke dunia. Pertama, gejala sosial berupa perselisihan antara manusia dan kedua, bencana alam berupa gempa bumi yang berlaku silih berganti.

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)
Sebahagian ulama menggolongkan tanda Kiamat berupa diutusnya Imam Mahdi ke tengah umat sebagai 'Tanda Penghubung' antara tanda-tanda kecil Kiamat dengan tanda-tanda besar Kiamat. Ertinya, kedatangan Imam Mahdi tidak termasuk tanda-tanda kecil Kiamat, namun tidak juga digolongkan ke dalam tanda-tanda besar Kiamat. Kedatangan Imam Mahdi menunjukkan telah banyak munculnya tanda-tanda kecil Kiamat. Dan pada saat yang sama, kedatangan Imam Mahdi menandakan sudah dekatnya akan munculnya tanda-tanda besar Kiamat yang akan muncul dan berjumlah sepuluh tanda.

Para ulama telah membahagikan tanda-tanda Kiamat ke dalam dua kelompok. Ada tanda-tanda kecil Kiamat dan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda-tanda kecil berjumlah sangat banyak dan umumnya datang lebih awal. Sedangkan tanda-tanda besar datang kemudian dan berjumlah sepuluh. Tanda kecil yang paling awal berupa 'diutusnya Nabi Muhammad ke muka bumi'. Semenjak peristiwa agung itu, dunia menyaksikan bermunculan berbagai tanda-tanda kecil Kiamat berikutnya. Hingga dewasa ini sudah banyak sekali tanda-tanda kecil Kiamat yang disebutkan oleh Nabi Muhammad SAW telah menjadi realiti. Di antara tanda-tanda kecil Kiamat tersebut ialah:

1. Bila manusia mulai membunuh (meninggalkan) solat

2. Bila sifat amanah telah lenyap

3. Bila berdusta dihalalkan

4. Bila manusia memakan riba

5. Bila amalan rasuah bermaharajalela

6. Bila bangunan-bangunan tinggi pencakar langit muncul

7. Bila manusia memperturutkan hawa-nafsu

8. Bila manusia menjual agamanya untuk membeli dunia

9. Bila menumpahkan darah dianggap perkara ringan

10. Bila perilaku lemah-lembut dianggap sebagai sebuah kehinaan

11. Bila kezaliman menjadi suatu kebanggaan

12. Bila para pemimpin dan pembesar merupakan orang paling buruk

13. Dan bila para pembantu dan orang-orang kepercayaan pemimpin merupakan orang-orang fasiq

14. Bila para cendekiawannya merupakan orang-orang fasiq

15. Bila kezaliman bermaharajalela

16. Bila thalaq (perceraian) banyak terjadi

17. Bila muncul fenomena kematian mendadak

18. Bila mushaf Al-Qur’an dicetak dengan hiasan yang indah-indah

19. Bila masjid dibangunkan untuk bermegah-megah

20. Bila mimbar-mimbar masjid dibuat tinggi

21. Bila hati manusia menjadi kesat

22. Bila banyak perjanjian dan transaksi dilanggar


23. Bila peralatan muzik banyak dibunyikan

24. Bila khamar (arak) banyak diminum

25. Bila zina bermaharajalela

26. Bila pengkhianat diberi kepercayaan, dijadikan pemimpin

27. Bila orang yang amanah dianggap pengkhianat

28. Bila isteri terlibat dalam perniagaan suami kerana cintakan dunia

29. Bila salam hanya diucapkan kepada orang yang dikenali

30. Bila pasar-pasar (mall, plaza, hypermarket) muncul berdekatan

31. Bila manusia mengenakan baju domba sebagai penutup hati serigala

32. Bila hati manusia lebih busuk daripada bangkai

33. Bila manusia sudah berkata: ”Tidak ada Imam Mahdi.”

Tanda-tanda di atas hanya merupakan sebahagian saja dari seluruh tanda-tanda kecil Kiamat. Bila kita kaitkan dengan realiti masyarakat dunia dewasa ini, jelas terlihat bahawa seluruh tanda-tanda kecil di atas telah menjadi kenyataan!


Maka, saudaraku, perlu kita sedari bahawa dunia benar-benar telah mencapai usia senja. Kemunculan tanda-tanda kecil bererti kita sudah harus bersiap sedia menyongsong datangnya tanda-tanda besar Kiamat. Dan jangan lupa, sebahagian ulama mengatakan bahawa tanda besar pertama, yaitu keluarnya Dajjal, tidak akan terjadi sebelum munculnya tanda penghubung antara tanda-tanda kecil dengan tanda-tanda besar Kiamat. Tanda penghubung itu ialah diutusnya seorang lelaki dari keturunan Nabi Muhammad SAW yang akan memenuhi dunia dengan keadilan dan kejujuran setelah dunia diliputi dengan kezaliman dan penganiyaan. Lelaki itulah yang dikenal sebagai Imam Mahdi.

Sabda Rasulullah SAW: “Andaikan dunia tinggal sehari, sungguh Allah akan panjangkan hari tersebut sehingga diutus padanya seorang lelaki dari ahli baitku namanya serupa namaku dan nama ayahnya serupa nama ayahku. Ia akan penuhi bumi dengan kejujuran dan keadilan sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman dan penganiayaan.” (HR Abu Dawud)

Lalu, bilakah Imam Mahdi bakal dihadirkan Allah ke tengah umat? Hadis di awal tulisan inilah yang cukup jelas memberikan petunjuk bahawa kehadirannya sudah hampir:

“Aku khabarkan berita gembira mengenai Al-Mahdi yang diutus Allah ke tengah ummatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Maka ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan kejujuran sebagaimana sebelumnya dipenuhi dengan kewenang-wenangan dan kezaliman.” (HR Ahmad)

Bila dunia telah dihiasi dengan dua fenomena nyata, yaitu fenomena sosial berupa perselisihan antara manusia yang sangat jelas dan fenomena alam iaitu banyaknya gempa bumi, maka itu menunjukkan dekatnya kehadiran Imam Mahdi ke tengah umat. Sedangkan kedua fenomena tersebut dewasa ini sudah sangat jelas. Perselisihan antara manusia dewasa ini sudah sangat ketara.


Demikian pula dengan fenomena gempa bumi. Begitu dahsyat terjadi belakangan ini. Sehingga diberitakan bahawa sepanjang bulan Oktober 2009 di Indonesia saja telah terjadi sebanyak 54 gempa...!! Bagi anda yang tertarik akan hal ini silakan layari www.USGS.com. Website ini melaporkan setiap gempa yang terjadi di berbagai titik di seluruh dunia lengkap dengan info skala richter-nya. Anda akan terkejut mendapati fakta bahawa sekitar lima hingga sepuluh tahun kebelakangan ini frekuensi gempa meningkat secara mendadak..!!

Maka, saudaraku, marilah kita siapkan diri dan keluarga kita menyongsong kehadiran Al-Mahdi. Pengertiannya adalah mari kita bersiap untuk segera mematuhi perintah Rasulullah dalam kaitan dengan kehadirannya.

Sabda Rasulullah SAW: “Ketika kalian melihatnya (kehadiran Imam Mahdi), maka berbai’at-lah dengannya walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji kerana sesungguhnya dia adalah Khalifatullah Al-Mahdi.” (HR Abu Dawud)
Saudaraku, berdasarkan hadis di atas, kita umat Islam diperintahkan untuk bersegera bergabung ke dalam barisan Al-Mahdi ketika ia telah hadir. Lalu ungkapan walaupun harus merangkak-rangkak di atas salji mengisyaratkan bahawa hal itu tidak mudah untuk dilaksanakan.


Saudaraku, marilah kita tingkatkan iman, ilmu dan amal kita agar pada hari itu kita tidak termasuk di pihak yang salah. Oleh kerananya, walaupun perselisihan antara manusia serta gempa bumi merupakan perkara yang tidak kita sukai, namun Nabi SAW menyebutnya sebagai 'khabar gembira'. Sebab bersamaan dengan itu umat Islam akan memiliki pemimpin yang dilantik secara langsung oleh Allah SWT. Sedangkan kehadirannya merupakan tanda awal beralihnya dunia dari lembaran sejarah penuh penganiayaan dan kezaliman menuju peradaban penuh keadilan dan kejujuran.

“Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila hari kiamat sudah datang?” (QS Muhammad: 18)