Tuesday, April 30, 2013

Manusia Terakhir Yang Memasuki Syurga......



Dari Abu Hurairah r.a. katanya:

“Bertanya orang banyak kepada Rasulullah s.a.w: “Apakah kami akan melihat Zat Allah di hari kiamat kelak ya Rasulullah?” Jawab baginda: “Apakah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?” Jawab mereka itu: “Tidak!”. Berkata pula Rasulullah s.a.w: “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tidak awan menutupinya?” Jawab mereka itu: “Tidak tuan!” Maka berkata Rasulullah s.a.w: “Demikianlah jelasnya kamu akan dapat melihat Allah kelak.”

Kemudian Rasulullah s.a.w meneruskan perkataannya, kata beliau:
“Pada hari kiamat nanti Allah akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: “Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia.” Mendengar itu maka penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan, pemuja thoghut mengikut thoghut dan di dalam rombongan mu’min (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafiq.

Kemudian Allah Taala datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal, lalu berkata:

“Aku Tuhanmu.” Maka jawab mukminin: “Kami berlindung kepada Allah dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati, dan apabila Ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya.”

Setelah itu Allah Taala datang kepada mereka dengan rupaNya yang dikenal oleh orang-orang Mukmin itu, lalu berkata:

“Aku Tuhanmu”. Maka dijawab kaum mukmin: “Benar, Engkaulah Tuhan kami, mereka itupun segera mengikutNya.” Berkata pula Rasulullah s.a.w “Nun disana di atas api neraka dibentangkan titian, maka umatkulah yang pertama menyeberang titian itu. Pada saat itu tak seorang pun dibenarkan berbicara kecuali Rasul-Rasul pesuruh Allah; seruan Rasul-Rasul ketika itu: Oh Tuhan! selamatkanlah, selamatkanlah!”

Ditengah-tengah api neraka itu terdapat banyak besi-besi melengkung seperti lengkung pancing, seperti duri sa’dan. Kata Rasulullah s.a.w kepada sahabat-sahabat yang hadir:

“Adakah kamu pernah melihat sa’dan?”

Jawab mereka:
“Ya!” “Seperti duri sa’dan itulah bentuk besi-besi itu, hanya saja besarnya tidak terkira, dan itu kelak yang akan mengait manusia yang sedang meniti, menurut imbangan dosa masing-masing. Yang beriman akan terlepas dari kaitannya dan yang berdosa, terkena , tetapi akhirnya dilepaskan.”

Setelah Allah selesai mengadili hamba-hambaNya dan berkehendak dan mengeluarkan penghuni neraka dengan rahmatNya, dititahkanNya kepada malaikat-malaikat untuk mengeluarkan mereka yang diberiNya rahmat, kerana di dunia mereka tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apa pun. Malaikat-malaikat yang mendapat perintah itu pun dapat mengenal orang-orang yang berkata “tiada tuhan yang disembah kecuali Allah” dengan adanya bekas sujud sembahyang yang memang tidak dimakan api neraka.
Kemudian segeralah Malaikat-malaikat itu mengeluarkan mereka dalam keadaan hangus rentung, kemudian dituangkan ketubuh masing-masing air hidup, maka tumbuhlah masing-masing kerana air itu seperti tumbuhnya jenis biji setelah banjir surut.
Setelah hal itu selesai seluruhnya, rupanya disana masih tinggal seorang lelaki yang menghadap mukanya ke neraka dialah yang terakhir sekali masuk ke dalam syurga. Kepada Allah ia bermohon dengan bersungguh-sungguh agar mukanya dapat dipalingkan dari api neraka itu, dengan alasan bau dan nyalaannya telah menghancur luluhkan dirinya. Demikianlah permohonan itu berkali-kali diulangnya.

Kemudian Allah berkata kepadanya:
“Kalau Aku kabulkan permintaan ini apakah tak ada permohonan yang lain lagi?”

Jawab orang itu:
“Tidak!”
dan ia berjanji keras kepada Allah bahawa ia tidak akan meminta sesuatu apapun lagi. Permohonan orang itu pun dikabulkan Allah Taala. Setelah terlihat olehnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama.
Kemudian ia bermohon lagi kepada Allah agar dapat disampaikan ke pintu syurga itu, Berkata Allah kepadanya:

“Bukankah engkau telah berjanji keras tak akan meminta apa-apa lagi? Celaka anak Adam ini! Alangkah pemungkirnya!”

Maka orang itupun bermohon kedua kalinya kepada Allah serta berjanji pula tak akan menambah permohonannya lagi.
Setelah permohonan orang itu dikabulkan Allah dan terlihatnya kemewahan syurga, terdiamlah ia beberapa lama. Kemudian ia bermohon kepada Allah magar dapat disampaikan ke pintu syurga. Setelah ia tiba di sana terbukalah pintu syurga itu selebar-lebarnya, dan dilihatnya segala kenikmatan dan kegembiraan, kemewahan yang ada di dalamnya. Dia tercengang takjub dan tak dapat berkata-kata. Kemudian ia bermohon pula ketiga kalinya agar dapat dimasukkan ke dalamnya, seraya berjanji seperti janji yang lampau. “Alangkah pemungkirnya kamu hai anak Adam!” kata Allah Taala kepadanya. Jawabnya: “Oh Tuhan! jangan kiranya hamba ini menjadi orang-orang yang celaka.” Demikianlah permohonan itu diulang-ulang, akhirnya tertawalah Allah Taala seraya bertitah: “Masuklah engkau ke dalam syurga ini!”
Maka apabila masuk ke dalamnya , bertitahlah Allah:

      “Sekarang dapatlah engkau mencita-citakan apa saja keinginanmu!”
Orang itupun segera bermohon berbagai-bagai permintaan dan mencita-cita bermacam-macam kenikmatan sehingga Allah Taala memperingatkannya kepada soal-soal yang tertentu dari kenikmatan yang tak diketahuinya. Akhirnya apabila orang itu telah merasa puas, berkatalah Allah Taala kepadanya:

        “Nikmatilah kemewahan yang telah ada ini, bahkan akan ditambah lagi dengan berbagai nikmat sebanyak itu pula. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)
Dalam hadith lain diceritakan:
Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:

            Sesungguhnya aku benar-benar tahu ahli Neraka yang terakhir keluar dari sana dan ahli Syurga yang terakhir masuk ke Syurga iaitu seseorang yang keluar dari Neraka secara merangkak lalu Allah Taala berfirman kepadanya: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah pun dipenuhi. Oleh itu dia kembali dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu namun ianya telah penuh. Allah Taala berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga, maka dia pun mendatangi Syurga, tetapi terlintas di fikirannya bahawa Syurga itu telah dipenuhi lalu kembali semula dan berkata: Wahai Tuhanku, aku telah temui Syurga itu tetapi ianya telah penuh. Allah berfirman: Pergilah, masuklah ke dalam Syurga kerana sesungguhnya ianya untukmu seumpama dunia dan sepuluh kali gandanya atau sesungguhnya ianya bagimu sepuluh kali ganda dunia. Lelaki itu berkata: Adakah Engkau mengejekku atau mempermain-mainkan aku, kerana Engkau adalah Maharaja? Maka Abdullah bin Mas’ud berkata: Aku benar-benar melihat Rasulullah s.a.w tertawa sehingga ternampak gigi geraham baginda dan dikatakan: Itulah Ahli Syurga yang paling rendah kedudukannya. (Hadith Sahih Riwayat Imam Muslim)

Wednesday, April 3, 2013

PENCEROBOHAN AGAMA ISLAM, KRISTIAN, YAHUDI


                Pernahkah kita membaca teori-teori  hari ini tentang Tuhan, agama dan umat Islam? Kenalkah kita pihak yang berkuasa dalam hal ini? 

"TUHAN TIDAK WUJUD... TUHAN ADALAH ILUSI YANG DIBUAT SENDIRI.., ANDALAH TUHAN..."

Melalui pemikiran kitalah Tuhan. Kita berevolusi dari monyet.

"LAKUKANLAH APA YANG KAMU INGINKAN, MAKHLUK  ASINGLAH SEBENARNYA MENCIPTA KITAB2 SUCI KAMU.... KAMU DICIPTA OLEH MAKHLUK ASING,..."

                Golongan elit mencipta agama sebagai alat kawalan. Kalau kamu percaya apa yang baru disebutkan tadi, maka kamu telah terperangkap dalam agenda duniawi ini..... Satu agenda yang ingin membuta dan memesongkan dari kebenaran. Dengan membuang Tuhan dari kehidupan, agenda ini akan mengumpan kamu utk lbh menumpu akan nikmat dan ganjaran duniawi dari akhirat, kamu akan menjadi alat yg dikawal oleh golongan elit. Berikutan dunia Dajjal ini dibina atas kepuasan dan sumber, inilah sebab mengapa ajaran nombor  1 agama syaitan ialah :

"LAKUKANLAH APA YANG KAMU INGINKAN...."

                Jika agama dicipta oleh manusia, makhluk asing atau dikawal para elit, mengapa agama2 yang menyembah lebih dari  1 Tuhan tak pernah menghadapi kesukaran sedangkan agama yg hanya menyembah  1 Tuhan selalu diserang oleh org2 yang sama ?? Lagi, kenapa hanya para nabi yg diserang oleh golongan atasan ???


            Sebabnya, agama satu Tuhan sahajalah yg boleh bebaskn manusia dari kezaliman pemerintahan dan sebab agama ini adalah ancaman utama bagi mereka yg berkuasa.....
Dalam dunia penipuan, beginilah kebenaran selalunya akan dilayan....

                Lihatlah kesemua agama yg menyembah banyak Tuhan dan tanyalah diri sendiri: "mengapa agama2 ini tak pernah ditentang?" 

"ATHEISM, HINDU, BUDDHA, MAJUSI, SAINTOLOGI   dan sebagainya......."

Tiada satu pun dari agama2 ini pernah ditentang oleh mereka yang berkuasa.. Tanyalah diri kita : "KENAPA..??"  Itulah saja caranya kita akan faham agama mana yg dicipta oleh para elit dan agama mana yang tidak...... Kebenaran hanya terdapat  1 Tuhan dan  1 pesanan di sebalik kesemua agama yang benar.... Oleh itu, seseorg yg betul2 beriman patut percaya bahawa pesanan yg diberi Nabi Musa, Isa dan Muhammad saw adalah pesanan yg jelas sama.... HANYA DALAM  1 AGAMA.... Tetapi mengapa begitu banyak perbezaan hari ini?? Mengapa tak ada perpaduan antara kesemua agama  1 Tuhan??? Walaupun agama  1 Tuhan tidak dicipta oleh manusia, agama ini teleh diceroboh...!!!

                Ayuh kita pelajari dan cuba fahami bagaimana kesemua agama yang asalnya  1 Tuhan ini telah diceroboh dan dari mana datangnya perbezaan ini....

YAHUDI  IAITU  DARI  KITAB  SUCI  TAURAT...

                Siapakah yg menghancurkan kerajaan Yahudi..???  "NEBUCHADREZZAR.."  Kerajaan Babylon yg menewaskan  Yahudi di tanah suci dan mereka juga menjatuhkan kerajaan mereka. Bukan itu sahaja, mereka mengambil hamba dan dihantar ke Iraq dan Babylon.  Kemudian para Yahudi diputuskan dari agama sebenar mereka yg menyembah Allah swt dan juga kitab suci, Taurat... Mereka semua terpaksa patuh kpd kezaliman kaum Babylon ini..


"DARI SINILAH BERMULANYA PEMESONGAN KITAB TAURAT, IA BERLAKU DI BABYLON...."


Di MANA Kitab Talmud ditulis dan SIAPA yang menulisnya...????

Ia ditulis oleh  70 rabbi yang berada di Babylon dan di situlah pusat undang2nya...!! Ia ditulis oleh manusia... Mereka meninggalkan Taurat dan mula mengikut Talmud yg ditulis 70 rabbi yg dipengaruh itu sedangkan TAURAT datang dari Tuhan...

      Kitab Talmud mensasarkan beberapa agenda mengenai Jerusalem dan istana Nabi Sulaiman as dan matlamat itu amat sama dengan kumpulan2 rahsia hari ini... Sedangkan Nabi Sulaiman as tak bersalah akan rancangan jahat mereka.

                ISTANA NABI SULAIMAN ialah satu mitos.... istana ini tidak pernah wujud... Makanya, siapa yang membina masjid itu?  Orangnya ialah Nabi Yaakob as, baginda yg membina masjid itu dan Nabi Sulaiman as yg mengembangkannya sewaktu pemerintahan baginda.... Ia bukanlah istana tapi masjid..


 Mari kita baca  sebuah ayat dari surah Al Baqarah ayat 101 :


Jadi mereka melempar Kitab Allah apabila Nabi Muhammad saw dtg krana mereka tak mahu ikut..

"Jadi, apa yang mereka ikut???  "

                Mereka mengikut apa yg telah dibacakan oleh syaitan sewaktu pemerintahan Nabi Sulaiman as.... Maksudnya di sini, syaitan ini telah mengajar manusia ilmu sihir sebelum dan sewaktu pemerintahan Nabi Sulaiman.. !! Dalam tafsir ayat itu, disebutkn bahawa Nabi Sulaiman as telah tahu yg syaitan ini mengajar manusia ilmu sihir jadi baginda merampas semua buku sihir dari syaitan dan pengikut2 ini juga membuat undang2 yang mengatakan sesiapa yg mempelajari atau mengajar ilmu sihir akan dihukum bunuh..!!! Kemudian baginda mengambil kesemua buku itu dan ditanam di bawah takhta baginda...

SEKARANG, adakah anda tahu apa sebenarnya rancangan kumpulan rahsia ini untuk memulihkan "Istana Nabi Sulaiman"..??

                Iaitu mengorek di bawah masjid al-Aqsa dan mengambil "harta karun" tersebut....... Mereka tidak akan berhenti selagi tidak tercapai KERANA masjid ini diselubungi sebuah konspirasi yang amat besar... Adakah kita rasa Palestin akhirnya akan kenal erti sebenar keamanan.?? Inilah perkara tengah dalam konspirasi global ini... Ia pasti secara perlahan sedang brsedia utk ketibaan DAJJAL ..

Kebanyakan kita mungkin tidak tahu mana satu Masjid al-Aqsa dan itu bukanlah satu kebetulan...


Ini bukan Masjid al-Aqsa. ini adalah bangunan Batu al-Aqsa... Tapi apapun tiap kali Masjid Aqsa disebut oleh org muslim atau barat, inilah gambar yg diberi kpd kita... Kita sengaja ditipu utk menganggap demikian krana apabila Masjid al-Aqsa yg sebenar dihancurkn, tak siapa langsung akan tahu..


Sementara anda membaca artikel ini, rancangan mereka sedang giat berjalan dan penggalian di bawah masjid al-Aqsa juga sdang brjalan.. Kemmusnahan masjid ini adalah antara tanda terakhir dan terbesar ketibaan Imam Mahdi..!!

Monday, November 26, 2012

hang out lps final exam sem 2....:D


woww,, malam before balik sempat lagi laa kan kitorang keluar.... padahal malam tu suma kawan2 nk balik rumah masing2 dah naik bas.. ada yg penang, perak, slangor, kelantan... aku lak?? aku dekat ja laa.. kedah pon.... saja nk ambik nama gak mcm dok jauh kononnya..haha..

mana kami pegi ni? dekat2 ja kat tesco alor star ngn keta amir... dia ni kan driver kami spnjg masa.. col ja dia kalu nak keta n pi mana2.. sampai laa dia on time... sblm tu hantar dulu la luqman  ke shahab perdana sbb dia punya bas pkol 8 mlm.. sori la man kami hantar awal sgt pkol 6.. zikir2 la dulu yea  kt shahab tu...stgi mai la bas ko tu....


then, 1st trip perut tiba2 dok nangis pasepa xtaw...maknanya lapar la... xda idea nk makan kt mana. tempat kuno gak laa iaitu stadium alor star ja... pastu, pegi lak ct plaza jalan2 kwn ksygn amir tu nk beli kasut... yg shah ni kata nk beli slipar... xnmpak apa pon...

pastu main bowling laa amir nk belanja...aq ni mana reti main bowling..bkn aq minat pon.. kalu badminton ok la kan..... aq ngn shah nganga ja laa tgk dorang main...huhu


kemudian ingt hati nk pegi ke sentosa...aq nk tgk2 enset la kan skang ni enset byk turun harga..saja2 ja nk survey mana taw ada rezeki ke depan nnti boleh aq beli baru lak..hehe...tapi xjadi, pegi ja laa tesco amir nk belanja aiskrim... xkisah la org nk bagi aiskrim free.. aq on ja ...huhu...
alamak lps makan nk kena balik dah... bas cosmic shah ke rawang pkol 11 daa.... 


pehhh...sedap tu aiskrim free...hehe




alamak terlupa lak... brader hafiz abdullah xda la...mana ko pegi hafiz??? tula gatai sgt nk balik awal..haha...sem depan jumpa lagi... buat amir ngn kema, gudluck LI yea...aku sem 5 kita jumpa lagi...mesti korang rindu gila2 kt aku, shah ngn hafiz... :D


Friday, April 13, 2012

SAHABAT SUSAH SENANG..,,,,

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun ketika musibah menimpaku, ku dapati mereka tak ubah seperti roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhku dan jika aku sakit, tak seorang pun yang dtg menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Bila tak ku temukan sahabat2 yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih baik daripada bersahabat dengan kawan yang harus ku waspadai.


Sepanjang usiaku yang semakin meningkat, belum pernah aku bertemu di dunia ini sahabat yang sejati. Aku tinggalkan orang2 bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku tinggalkan orang2 mulia kerana sedikit benar kebaikannya. Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarian itu melenakan aku. Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku nampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang2 yang ku benci, sebagaimana ku nampakkan hal itu kepada orang2 yang kucintai.... Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia2 jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tak semua orang yang engkau cintai akan mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampak cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak ada lagi sahabat yang jujur dan menepati janji.


p/s :    SAHABAT YG BAIK LEBIH MAHAL DARI SEGUNUNG EMAS PERMATA.

Saturday, April 7, 2012

lawatan ke tapak pembinaan,perlis :=)

aku pun sebenarnya xsure bapa haribulan aku ngn kekawan ukur bahan pegi ke perlis utk kerja lawatan site bangunan tu..tapi memg agak menyronokkan la...bkn apa kn slalunya terperap ja dlm studio ukur bahan tu naik ngntok laa gak..satu lagi payah nk tangkap apa yang lecturer terangkan...lgpon explanation dlm kelas kbykn juz dlm bentuk lukisan ja...mana aku tau..dgn piling,preamble,preliminaries dan segala macam prkataan yg aku lgsung xtau...bila kitorang dpt pegi bawu serba sedikit dapat aku tgkap...apa itu reinforcement,beam,in-situ dan sebagainya walaupun skit2 jaa pon...sekurg2nya aku tahu asas2 pembinaan bangunan yg sebenar..
ni laaa gambar kawan2 satu ukur bahan yg aku dapat upload kt sini pon...nk letak byk2 wt semak jaa..kot korang yg xlarat nk tgk nnti..insyaallah, ada rezeki dpt la kitorang jd Quantity Surveyor nnti...moga nusroh Allah dtg kpd kami nnti....stakat tu jaa kot aku dapat cerita ...xtahu nk taip apa lagi dh...apapon, travel ke perlis memg satu pengalaman yg agak menyeronokkan laa..rugi laa kalu sapa yg xpegi...tp ada ka kgkwn ukur bahan sem 1 yg xpegi?? haha.....dats all......

Wednesday, April 4, 2012

BOON SIEW HONDA

Assalamualaikum, rasanya lama gak laa aku tak tulis dalam blog nie...tapi xtahu laa napa hari ni tangan aku tiba2 jaa gatal nk menaip...cuma nk berkongsi kisah hidup aku yg serba sikit nie...teringat kawan2 lama masa kt Honda dulu..masa tu aku keja kt penang lebih kurang bulan september 2011 sampai hujung november 2011.. keja kt situ apalagi kalu xpasang barang2 motor..sumanya keluaran honda belaka..moto yang selalu pasang ex5..yg len2 tu suma jarang2 ja... kali pertama masa nk melangkah kaki masuk interview kt sana memg agak gubra laa jugak owg kedah kata..sbbnya aku dengar kebiasaan kalu org keja kilang ni selalu kena buli ngn budak2 senior...tapi berbeda dengan diri aku,rasa agak beruntung la jugak sebab dapat kawan2 yg boleh dikatakan baik2 belaka...selisih faham sikit2 tu biasa laa.... kali pertama aku masuk keja kat situ,aku mula kenal ngn anip..nama betul dia muhd hanis...kali pertama kau kenal dia memg dia ni agak ramah ngn aku..tapi aku fikir agak tak satu kepala gak laa...tp dah bila lama2 kenal,rasanya ok jaa dia ni..dia selalu sembang ngn aku hal2 peribadi ngn aku...ok,cukup laa setakat tu aku kongsi sesi kenal2 aku ngn dia.. insan bertuah seterusnya chon....nama mcm owg cina pon ada tapi hakikatnya owg melayu jaa pon..hahaha..nama dia faizul..xtaw laa aku pon cmna yang nama boleh lekat chon tu....dia ni pon ok..aku selalu laa baik2 ngn dia.. dia start masuk keja lepas aku dh keja 1 bln stgh dh..yang anipp tu 1 bln sblm aku masuk kilang tu...sama gak ngn sorg pmpn ni nama dia wani..dia masok hari sama ngn chon.. teringat lak aku kt si wani ni...dia ni memg ramah n baik ngn aku...selalu gak laa sembang2 ngn dia..
hehe..sori laa gambaq chon memg aku tadak sebab dia selalu lepak ngn geng2 senior...dlm gambaq ni juz ada aku,anip ngn ucop jaa...lagipon xbyk gambaq yg aku ambik masa keja honda dulu..ada stgh tu hilang...
haa...ni lak gambar fitrah ngn wani...wani tu yang pakai spek.....dulu masa aku kt honda kwn2 kata aku skandal ngn dia....xpatot2...bukannya apa tgk aku ni ramah pelik kot ngn dia..hahaha....skang dia xkeja kt situ dah sbb katanya sambung belajar kt kolej universiti insaniah...kt alor star jaa pon...xjauh mana ngn poli aku nie...tapi xpenah kata jumpak pon..huhu yang fitrah tu lak aku xbapa rapat sangat laa..sembang2 cmtu jaa.... anyway,kenangan aku keja kt honda memg salah satu kenangan yang aku xboleh lupa laa sbb kwn2 yang best n tempat keja pon best.....insyaallah,kalu da umur n rezeki..kita jumpa laa lagi nanti...

Monday, November 15, 2010

zaman kptm aku!!!!






ini la rakan-rakan aku masa aku sedang menuntut di kptm alor star...walaupon dh jauh n lama terpisah tapi tetap dekat di hati ku nie....apa pon ku harap segala masa lalu n silam dpt dijadikan pengajaran dan sempadan supaya lebih berhati2 di masa depan...walau macam mana pon ku tetap sayangkan diorang yang selalu bantu aku mcm abu hanifah,nasim,firdaus,aisyah,aishah,atila n ramai lagi...bagi aku diorang la rakan2 aku yg aku sgt sanjungi walaupon adakala ku ni mungkin sedikit menyakitkan ati diorang kot...huhu..kalau ada masa n jodoh moga2 dapat la bertemu lagi di masa akan datang..semua memori lalu akan terus terpahat dan aku ingat sampai bila2...insyaallah...