Monday, November 26, 2012

hang out lps final exam sem 2....:D


woww,, malam before balik sempat lagi laa kan kitorang keluar.... padahal malam tu suma kawan2 nk balik rumah masing2 dah naik bas.. ada yg penang, perak, slangor, kelantan... aku lak?? aku dekat ja laa.. kedah pon.... saja nk ambik nama gak mcm dok jauh kononnya..haha..

mana kami pegi ni? dekat2 ja kat tesco alor star ngn keta amir... dia ni kan driver kami spnjg masa.. col ja dia kalu nak keta n pi mana2.. sampai laa dia on time... sblm tu hantar dulu la luqman  ke shahab perdana sbb dia punya bas pkol 8 mlm.. sori la man kami hantar awal sgt pkol 6.. zikir2 la dulu yea  kt shahab tu...stgi mai la bas ko tu....


then, 1st trip perut tiba2 dok nangis pasepa xtaw...maknanya lapar la... xda idea nk makan kt mana. tempat kuno gak laa iaitu stadium alor star ja... pastu, pegi lak ct plaza jalan2 kwn ksygn amir tu nk beli kasut... yg shah ni kata nk beli slipar... xnmpak apa pon...

pastu main bowling laa amir nk belanja...aq ni mana reti main bowling..bkn aq minat pon.. kalu badminton ok la kan..... aq ngn shah nganga ja laa tgk dorang main...huhu


kemudian ingt hati nk pegi ke sentosa...aq nk tgk2 enset la kan skang ni enset byk turun harga..saja2 ja nk survey mana taw ada rezeki ke depan nnti boleh aq beli baru lak..hehe...tapi xjadi, pegi ja laa tesco amir nk belanja aiskrim... xkisah la org nk bagi aiskrim free.. aq on ja ...huhu...
alamak lps makan nk kena balik dah... bas cosmic shah ke rawang pkol 11 daa.... 


pehhh...sedap tu aiskrim free...hehe




alamak terlupa lak... brader hafiz abdullah xda la...mana ko pegi hafiz??? tula gatai sgt nk balik awal..haha...sem depan jumpa lagi... buat amir ngn kema, gudluck LI yea...aku sem 5 kita jumpa lagi...mesti korang rindu gila2 kt aku, shah ngn hafiz... :D


Friday, April 13, 2012

SAHABAT SUSAH SENANG..,,,,

Aku mencintai sahabat-sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup ataupun setelah aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tak luntur baik dalam keadaan suka ataupun duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabat-sahabatku untuk berkenalan, kerana aku akan merasa senang. Semakin banyak aku perolehi sahabat, aku semakin percaya diri. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Padahal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Kalau duka melanda, aku sering bertanya siapakah yang sudi menjadi sahabatku? Dikala aku senang, sudah biasa bahawa banyak orang yang akan iri hati, namun bila giliran aku susah merekapun bertepuk tangan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun ketika musibah menimpaku, ku dapati mereka tak ubah seperti roda zaman yang tak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri dari mereka, mereka mencemuhku dan jika aku sakit, tak seorang pun yang dtg menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai. Bila tak ku temukan sahabat2 yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang-orang jahat. Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang adalah lebih baik daripada bersahabat dengan kawan yang harus ku waspadai.


Sepanjang usiaku yang semakin meningkat, belum pernah aku bertemu di dunia ini sahabat yang sejati. Aku tinggalkan orang2 bodoh kerana banyak kejelekannya dan ku tinggalkan orang2 mulia kerana sedikit benar kebaikannya. Kawan yang tak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan. Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidupku aku berjuang keras mencari sahabat sejati sehinggalah pencarian itu melenakan aku. Ketika aku menjadi pemaaf dan tak mempunyai rasa dengki hatiku lega, jiwaku bebas dari bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku menghormatinya. Semua itu ku lakukan agar dapat menjaga diriku dari kejahatan. Aku nampakkan keramahanku, kesopananku dan rasa persahabatanku kepada orang2 yang ku benci, sebagaimana ku nampakkan hal itu kepada orang2 yang kucintai.... Mudah-mudahan anjing-anjing itu dapat bersahabat denganku, kerana bagiku dunia ini sudah hampa dari manusia. Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk majikannya yang tersesat, tidak seperti manusia2 jahat yang selamanya tak akan memberi petunjuk. Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia walaupun kamu terpaksa hidup sendiri. Tak semua orang yang engkau cintai akan mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tak sopan. Jika cinta suci tak datang dari tabiatnya, maka tak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampak cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan menampakkan hal-hal yang kelmarin menjadi rahsia. Selamat tinggal dunia jika atasnya tidak ada lagi sahabat yang jujur dan menepati janji.


p/s :    SAHABAT YG BAIK LEBIH MAHAL DARI SEGUNUNG EMAS PERMATA.

Saturday, April 7, 2012

lawatan ke tapak pembinaan,perlis :=)

aku pun sebenarnya xsure bapa haribulan aku ngn kekawan ukur bahan pegi ke perlis utk kerja lawatan site bangunan tu..tapi memg agak menyronokkan la...bkn apa kn slalunya terperap ja dlm studio ukur bahan tu naik ngntok laa gak..satu lagi payah nk tangkap apa yang lecturer terangkan...lgpon explanation dlm kelas kbykn juz dlm bentuk lukisan ja...mana aku tau..dgn piling,preamble,preliminaries dan segala macam prkataan yg aku lgsung xtau...bila kitorang dpt pegi bawu serba sedikit dapat aku tgkap...apa itu reinforcement,beam,in-situ dan sebagainya walaupun skit2 jaa pon...sekurg2nya aku tahu asas2 pembinaan bangunan yg sebenar..
ni laaa gambar kawan2 satu ukur bahan yg aku dapat upload kt sini pon...nk letak byk2 wt semak jaa..kot korang yg xlarat nk tgk nnti..insyaallah, ada rezeki dpt la kitorang jd Quantity Surveyor nnti...moga nusroh Allah dtg kpd kami nnti....stakat tu jaa kot aku dapat cerita ...xtahu nk taip apa lagi dh...apapon, travel ke perlis memg satu pengalaman yg agak menyeronokkan laa..rugi laa kalu sapa yg xpegi...tp ada ka kgkwn ukur bahan sem 1 yg xpegi?? haha.....dats all......

Wednesday, April 4, 2012

BOON SIEW HONDA

Assalamualaikum, rasanya lama gak laa aku tak tulis dalam blog nie...tapi xtahu laa napa hari ni tangan aku tiba2 jaa gatal nk menaip...cuma nk berkongsi kisah hidup aku yg serba sikit nie...teringat kawan2 lama masa kt Honda dulu..masa tu aku keja kt penang lebih kurang bulan september 2011 sampai hujung november 2011.. keja kt situ apalagi kalu xpasang barang2 motor..sumanya keluaran honda belaka..moto yang selalu pasang ex5..yg len2 tu suma jarang2 ja... kali pertama masa nk melangkah kaki masuk interview kt sana memg agak gubra laa jugak owg kedah kata..sbbnya aku dengar kebiasaan kalu org keja kilang ni selalu kena buli ngn budak2 senior...tapi berbeda dengan diri aku,rasa agak beruntung la jugak sebab dapat kawan2 yg boleh dikatakan baik2 belaka...selisih faham sikit2 tu biasa laa.... kali pertama aku masuk keja kat situ,aku mula kenal ngn anip..nama betul dia muhd hanis...kali pertama kau kenal dia memg dia ni agak ramah ngn aku..tapi aku fikir agak tak satu kepala gak laa...tp dah bila lama2 kenal,rasanya ok jaa dia ni..dia selalu sembang ngn aku hal2 peribadi ngn aku...ok,cukup laa setakat tu aku kongsi sesi kenal2 aku ngn dia.. insan bertuah seterusnya chon....nama mcm owg cina pon ada tapi hakikatnya owg melayu jaa pon..hahaha..nama dia faizul..xtaw laa aku pon cmna yang nama boleh lekat chon tu....dia ni pon ok..aku selalu laa baik2 ngn dia.. dia start masuk keja lepas aku dh keja 1 bln stgh dh..yang anipp tu 1 bln sblm aku masuk kilang tu...sama gak ngn sorg pmpn ni nama dia wani..dia masok hari sama ngn chon.. teringat lak aku kt si wani ni...dia ni memg ramah n baik ngn aku...selalu gak laa sembang2 ngn dia..
hehe..sori laa gambaq chon memg aku tadak sebab dia selalu lepak ngn geng2 senior...dlm gambaq ni juz ada aku,anip ngn ucop jaa...lagipon xbyk gambaq yg aku ambik masa keja honda dulu..ada stgh tu hilang...
haa...ni lak gambar fitrah ngn wani...wani tu yang pakai spek.....dulu masa aku kt honda kwn2 kata aku skandal ngn dia....xpatot2...bukannya apa tgk aku ni ramah pelik kot ngn dia..hahaha....skang dia xkeja kt situ dah sbb katanya sambung belajar kt kolej universiti insaniah...kt alor star jaa pon...xjauh mana ngn poli aku nie...tapi xpenah kata jumpak pon..huhu yang fitrah tu lak aku xbapa rapat sangat laa..sembang2 cmtu jaa.... anyway,kenangan aku keja kt honda memg salah satu kenangan yang aku xboleh lupa laa sbb kwn2 yang best n tempat keja pon best.....insyaallah,kalu da umur n rezeki..kita jumpa laa lagi nanti...

Monday, November 15, 2010

zaman kptm aku!!!!






ini la rakan-rakan aku masa aku sedang menuntut di kptm alor star...walaupon dh jauh n lama terpisah tapi tetap dekat di hati ku nie....apa pon ku harap segala masa lalu n silam dpt dijadikan pengajaran dan sempadan supaya lebih berhati2 di masa depan...walau macam mana pon ku tetap sayangkan diorang yang selalu bantu aku mcm abu hanifah,nasim,firdaus,aisyah,aishah,atila n ramai lagi...bagi aku diorang la rakan2 aku yg aku sgt sanjungi walaupon adakala ku ni mungkin sedikit menyakitkan ati diorang kot...huhu..kalau ada masa n jodoh moga2 dapat la bertemu lagi di masa akan datang..semua memori lalu akan terus terpahat dan aku ingat sampai bila2...insyaallah...

Saturday, June 12, 2010

19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya..

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Saturday, May 29, 2010

member smkc b4 travel 2 kuala gula...






gambaq b4 kami berangkat ke kuala gula...maybe korang akan kata apa la ko ni gambaq cmni pon nk letak ka..bagi aku lantak r owg nk kata apa pon sbbnya ini blog aku yang punya..huhu..perjalanan ke kuala gula bagi aku memg sedikit meletihkan...nk kata kt kuala gula tu bosan tak jugak..nk kata seronok sgt tu pon boleh tahan..tapi apa yang penting kita ke sana dengan 1 tekad iaitu mencari ilmu sebnyk mgkin..ia bkn semata2 utk kita dpt jwb exam tp yg utamanya peroleh keredhaan Allah..apa guna ilmu byk tapi Allah xberkati..apa guna diri hebat tetapi akhlak tak ada..jadi aku harap kepada rakan2 seangkatan baik bekas sekelas di smkbbs mahupon di smkc kita perlu cari keberkatan..timba sebanyak mungkin supaya kita hidup dlm keadaan berilmu....^_^